Wednesday, May 6, 2020

BBM3410Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA



Rujukan

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3




Berdasarkan cerita sosial 3, beberapa nilai telah diperoleh. Antaranya ialah nilai rajin. Adik beradik Alim rajin membantu ibu bapa mereka. Mereka mengemas rumah bersama-sama. Nilai seterusnya ialah tolong-menolong. Abang Imran Kak Madinah tolong Alim untuk belajar menyapu rumah. Ibu juga membantu Alim supaya Allim tidak putus asa mengemas rumah. Akhir sekali, nilai yang diperoleh daripada cerita sosial 3 ialah nilai kasih sayang. Keluarga Alim dapat dilihat dengan jelas mempunyai hubungan yang sangat erat. Mereka saling berkasih sayang.



Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)



Terdapat beberapa kepentingan asas grafik. Asas grafik penting bagi menghasilkan grafik yang menarik. Grafik yang menarik akan memberi impak kepada orang yang melihat atau menontonnya. Selain itu, asas grafik juga penting untuk memudahkan orang lain untuk memahami grafik yang dihasilkan. Di samping itu, grafik yang terhasil mempunyai mesej tertentu dan mesej tersebut perlu sampai kepada penonton. Selanjutnya, grafik yang terhasil perlu difahami dengan sangat ketara oleh penontonnya. Akhir sekali, kepentingan asas grafik ialah promosi barangan atau mesej dapat dilakukan.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Friday, May 1, 2020

BBM3410Satu2020: Media Sosial: Gambar Keseluruhan

Aktiviti 1

Aktiviti 2

Aktiviti 3
Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Senarai nilai yang terdapat dalam Cerita Sosial 2
1. Kasih sayang
2. Pemurah
3. Rajin



Pada pendapat saya, cerita sosial 2 menunjukkan keluarga Alim kasih sayang sesama ahli keluarga. Ayah ingat tentang anak-anaknya yang suka akan buah tempatan dan membelinya. Mereka juga makan buat tersebut bersama-sama. Situasi ini menunjukkan keluarga Alim berkasih sayang antara satu sama lain dan dapat dilihat hubungan mereka sangat akrab. Selain itu, Alim juga seorang yang pemurah. Hal ini demikian kerana, Alim ingin berkongsi buah-buahab tersebut dengan Sulaiman. Akhir sekali, Alim juga seorang yang rajin. Dia menolong abang dan kakaknya. Walaupun istimewa, dia masih membantu ahli keluarganya.


Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)


Post yang dimuatnaik dalam facebook merupakan cara menggunakan Rule of Thirds dalam swafoto. Cara swafoto diambil ditunjukkan melalui lukisan yang disertakan dalam post yang sama.




Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia