Terdapat beberapa kepentingan asas grafik. Asas grafik
penting bagi menghasilkan grafik yang menarik. Grafik yang menarik akan memberi
impak kepada orang yang melihat atau menontonnya. Selain itu, asas grafik juga
penting untuk memudahkan orang lain untuk memahami grafik yang dihasilkan. Di
samping itu, grafik yang terhasil mempunyai mesej tertentu dan mesej tersebut
perlu sampai kepada penonton. Selanjutnya, grafik yang terhasil perlu difahami
dengan sangat ketara oleh penontonnya. Akhir sekali, kepentingan asas grafik
ialah promosi barangan atau mesej dapat dilakukan.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra
Malaysia
No comments:
Post a Comment