Showing posts with label akademik. Show all posts
Showing posts with label akademik. Show all posts

Friday, June 19, 2020

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Perbezaan kajian facebook dan twitter ialah:
1. Facebook sesuai untuk perbincangan pelajar manakala twitter sesuai untuk mendapatkan info terkini
2. Kajian mendapati pelajar gemar mengemas kini rutin dan menyatakan emosi dalam dalam twitter dan Facebook digunakan untuk pembelajaram secara tidak formal
3. Facebook membantu guru menggabungkan kerja-kerja untuk pelajar dengan lebih mudah. Di twitter pula, guru boleh berkongsi info ringkas dengan pelajar
4. Twitter membolehkan pelajar mengakses maklumat yang ringkas dan dan padat. Facebook pula boleh dikongsi info yang lebih banyak dan dan berkongsi video dan gambar yang lebih banyak
5. Twitter dapat mengasah bakat penulisan pelajar kerana perlu ditulis dengan ringkas dan padat. Facebook pula dapat membantu pelajar menghasilkan penulisan berbentuk cerita yang menarik

Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1



Logo saya terdiri daripada keluarga Alim dalam rumah mereka dalam satu bulatan.
Mereka juga saling berpegang tangan untuk menunjukkan keakraban mereka. Logo ini menunjukkan keluarga yang bahagia dalam sebuah rumah.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Friday, June 12, 2020

ANIMASI, DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)


Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

AKTIVITI IMPLIKASI PEDAGOGI




Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu



CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5


        Nilai yang dapat dilihat dalam cerita sosial 5 ialah  Alim seorang yang sangat rajin. Hal ini dikatakan demikian kerana, dia selalu mengemas dan membaca buku. Dia akan mengemas rak buku dan membaca buku setiap hari.
        Selain itu, Alim juga seorang yang pemurah hati. Dia selalu berkongsi bukunya dengan Sulaiman. Sikap suka berkongsinya itu menunjukkan Alim seorang yang pemurah.
        Akhir sekali, nilai kasih sayang dapat dilihat. Hal ini kerana abang dan kakak Alim sanggup menemani adiknya, Alim sehingga Alim sembuh. Kasih sayang sesama adik beradik dapat dilihat dalam situasi ini.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Friday, June 5, 2020

ASAS VIDEOGRAFI (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)


Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

AKTIVITI ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA







Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)4



Berdasarkan Cerita Sosial 4, terdapat 3 nilai yang disenaraikan. Antaranya ialah bertanggungjawab, berdikari dan sopan santun. Alim seorang yang bertanggungjawab kerana dia akan mengemas katilnya sebelum ke sekolah. Alim juga seorang yang berdikari kerana dia mempelajari cara menaiki bas, membeli barangan di pasar dan cara membelinya. Akhir sekali, Alim seorang yang bersopan-santun kerana sentiasa mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan ibunya sebelum ke sekolah.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Wednesday, May 6, 2020

BBM3410Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA



Rujukan

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3




Berdasarkan cerita sosial 3, beberapa nilai telah diperoleh. Antaranya ialah nilai rajin. Adik beradik Alim rajin membantu ibu bapa mereka. Mereka mengemas rumah bersama-sama. Nilai seterusnya ialah tolong-menolong. Abang Imran Kak Madinah tolong Alim untuk belajar menyapu rumah. Ibu juga membantu Alim supaya Allim tidak putus asa mengemas rumah. Akhir sekali, nilai yang diperoleh daripada cerita sosial 3 ialah nilai kasih sayang. Keluarga Alim dapat dilihat dengan jelas mempunyai hubungan yang sangat erat. Mereka saling berkasih sayang.



Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)



Terdapat beberapa kepentingan asas grafik. Asas grafik penting bagi menghasilkan grafik yang menarik. Grafik yang menarik akan memberi impak kepada orang yang melihat atau menontonnya. Selain itu, asas grafik juga penting untuk memudahkan orang lain untuk memahami grafik yang dihasilkan. Di samping itu, grafik yang terhasil mempunyai mesej tertentu dan mesej tersebut perlu sampai kepada penonton. Selanjutnya, grafik yang terhasil perlu difahami dengan sangat ketara oleh penontonnya. Akhir sekali, kepentingan asas grafik ialah promosi barangan atau mesej dapat dilakukan.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Friday, May 1, 2020

BBM3410Satu2020: Media Sosial: Gambar Keseluruhan

Aktiviti 1

Aktiviti 2

Aktiviti 3
Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Senarai nilai yang terdapat dalam Cerita Sosial 2
1. Kasih sayang
2. Pemurah
3. Rajin



Pada pendapat saya, cerita sosial 2 menunjukkan keluarga Alim kasih sayang sesama ahli keluarga. Ayah ingat tentang anak-anaknya yang suka akan buah tempatan dan membelinya. Mereka juga makan buat tersebut bersama-sama. Situasi ini menunjukkan keluarga Alim berkasih sayang antara satu sama lain dan dapat dilihat hubungan mereka sangat akrab. Selain itu, Alim juga seorang yang pemurah. Hal ini demikian kerana, Alim ingin berkongsi buah-buahab tersebut dengan Sulaiman. Akhir sekali, Alim juga seorang yang rajin. Dia menolong abang dan kakaknya. Walaupun istimewa, dia masih membantu ahli keluarganya.


Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)


Post yang dimuatnaik dalam facebook merupakan cara menggunakan Rule of Thirds dalam swafoto. Cara swafoto diambil ditunjukkan melalui lukisan yang disertakan dalam post yang sama.




Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Tuesday, March 24, 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi

Bahagian A
STRATEGI KESOPANAN
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini.
Berikan saya bakul besar itu. Lanpu itu berwarna hijau. Jemput masuk
Jemput  makan.
Kesopanan Positif
Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.

Kesopanan Negatif
Mungkin dia yang mengambil kotak itu,
Mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.
Off-record 
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.  Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.

Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)
Nurul Rasyidah binti Rosmadi (198182)

Bahagian B
Ringkasan Cerita Sosial 2

Berdasarkan cerita sosial 2 dalam buku kajian wacana yang bertajuk “Saya yang istimewa” mengisahkan tentang Alim yang istimewa tetapi masih boleh mengikut pesan ibu dan bapanya. Ayah membeli buah-buahan di pasar untuk dimakan bersama-sama. Ayah memanggil anak-anaknya untuk makan buah itu bersama-sama. Ibu bapa Alim berpesan bahawa berkongsi barang atau makanan dengan orang lain merupakan perbuatan yang baik. Alim ingat akan pesan ayah dan ibunya itu.  Alim memberikan buah kepada Sulaiman. Sulaiman merupakan anak Pak Cik Yakub dan Mak Cik Timah. Mereka merupakan jiran Alim di kampung. Alim suka akan mereka kerana mereka juga baik. Alim gembira dapat berkongsi buah-buah yang dibeli oleh ayah itu dengan jirannya. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim dengan wajah yang sedih. Mak Cik Timah memuji Alim kerana Alim baik hati memberikan buah kepada Sulaiman. Alim ingat Mak Cik Timah sedih tetapi sebenarnya Mak Cik Timah gembira dengan kebaikan Alim. Ibu memuji sikap baik Alim. Alim juga membantu untuk membuang sampah kulit buah. Alim juga membantu abang Imran, kak Madinah dan ibu bapa untuk mengemas rumah. Walaupun Alim istimewa, dia seorang yang rajin dan baik hati. Tambahan pula, Alim juga mendengar nasihat ibu bapa walaupun istimewa. Alim sangat istimewa kerana mempunyai hati sesuci itu.

 

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

Bahagian A
Jenis-jenis shot yang dinyatakan dalam buku seperti di dalam rujukan

Bahagian B


Rule of Thirds merupakan teknik yang paling penting dalam bidang fotografi. Rule of Thirds digunakan untuk mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Apabila membingkai foto, bayangkan imej dibahagikan mengikut kotak grid. Unsur-unsur penting dalam fotografi diletakkan dekat garisan atau persimpangan grid. Individu yang mengambil gambar atau yang diambil gambar itu perlu bergerak untuk memdapatkan komposisi yang terbaik. Kepentingan teknik ini dalam fotografi adalah dapat menghasilkan gambar yang seimbang. Keseimbangan dalam imej yang menggunakan teknik ini dapat dilihat. Bahagian atas, bawah, kiri dan kanan seimbang dengan objek dan pemandangan. Seterusnya, kepentingan Rule of Thirds penting dalam mengambil gambar manusia dan pemandangan. Penggunaan Rule of Thirds dalam mengambil gambar manusia dan pemandangan akan menghasilkan gambar yang cantik. Hal ini dikatakan demikian kerana, manusia dan pemandangan berada di kotak grid yang betul. Ini menyebabkan komposisi antara manusia dan pemandangan yang diambil seimbang.  Seterusnya, gambar swafoto juga sesuai menggunakan teknik Rule of Thirds. Hal ini dikatakan demikian kerana, swafoto yang menampakkan keseimbangan antara wajah dan pemandangan akan menghasilkan gambar yang menarik dan cantik. Wajah berada di garisan menegak yang pertama dan berada di bawah garisan melintang yang pertama dari atas. Dengan menggunakan teknik ini, wajah tidak nampak terlalu besar dan dekat dengan kamera.


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
       

Twitter merupakan medium yang dapat diakses dengan mudah, pantas, efisyen dan terdapat info terkini. Twitter mendorong individu untuk membaca kerana mudah diakses. Oleh kerana Twitter mempunyai jumlah maksimum 140 patah perkataan dalam satu tweet, individu ada masa untuk membaca. Ayat digunakan dalam Twitter memyebabkan individu memperoleh maklumat dengan mudah kerana ayat yang digunakan adalah mudah dan ringkas. Pengguna Twitter menyatakan berita yang disampaikan dalam Twitter pantas. Misalnya, jika berlaku kemalangan atau kesesakan lalu lintas di sesuatu jalan, pengguna yang membacanya dalam Twitter dapat mengelakkan daripada melalui jalan tersebut. Selain itu, berita di Twitter adalah benar dan tidak direka. Selanjutnya, pengguna Twitter mengatakan penggunaan Twitter dapat menjimatkan masa untuk mencari berita penting dan utamadaripada akhbar. Twitter lebih mendapat perhatian seseorang yang berumur berbanding dengan kanak-kanak sekolah. Kanak-kanak sekolah menggangap Twitter membosankan. Twitter juga mempunyai banyak aura positif. Hal ini dikatakan demikian kerana, banyak digunakan oleh individu yang berpendidikan. Twitter memberi kesan positif terhadap pembelajaran kerana terkandung pelbagai maklumat. Bahasa di Twitter memudahkan kehidupan orang ramai. Berita terkini dapat dibaca di Twitter. Kesimpulannya, Twitter merupakan media sosial yang mengalakkan individu untuk membaca. Twitter juga membantu mengasah bakat penulisan kerana bahasa yang digunakan harus ringkas dan mudah. Twitter juga mempunyai banyak aura positif.

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)





Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia