Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Friday, February 21, 2020

BBM3410SATU2020: Keluargaku

Assalamualaikum, hari ini saya akan menceritakan tentang keluarga saya. Ayah saya dilahirkan di Pahang pada tahun 1971 dan menetap di Terengganu. Ibu saya pula dilahirkan di  Perak pada tahun 1975 dan menetap di Pahang. Selepas berhijrah ke Shah Alam untuk mencari rezeki, ibu bapa saya dipertemukan di tempat kerja yang sama. Selepas beberapa tahun kenal, ibu bapa saya berkahwin pada 18 Ogos 1996 semasa ibu saya berumur 21 tahun dan ayah saya berumur 25 tahun. Ibu bapa saya dikurniakan sebanyak 7 cahaya mata iaitu 3 lelaki dan 4 perempuan. Pada tahun 1997, abang saya yang pertama dilahirkan. Selepas itu, pada tahun 1998 saya dilahirkan. Adik yang seterusnya dilahirkan pada tahun 2001, 2004, 2008, 2012 dan 2015. Abang saya sekarang bekerja di Serdang. Adik perempuan saya yang ketiga menuntut pengajian di UIA Gambang. Adik perempuan saya yang keempat pula menuntut pengajian di MRSM Pekan. Adik lelaki saya yang kelima dan keenam belajar di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti. Adik perempuan bongsu saya sekarang berumur 5 tahun dan sedang belajar di Pasti Putra Permai. Setiap perangai adik beradik saya berbeza-beza.

Ibu saya lebih garang daripada ayah saya tetapi semua adik beradik lebih takut dengan ayah saya. Ibu hanya suka membebel sahaja tetapi baik. Ayah saya hanya akan menasihati melalui mesej.