Friday, June 12, 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5


        Nilai yang dapat dilihat dalam cerita sosial 5 ialah  Alim seorang yang sangat rajin. Hal ini dikatakan demikian kerana, dia selalu mengemas dan membaca buku. Dia akan mengemas rak buku dan membaca buku setiap hari.
        Selain itu, Alim juga seorang yang pemurah hati. Dia selalu berkongsi bukunya dengan Sulaiman. Sikap suka berkongsinya itu menunjukkan Alim seorang yang pemurah.
        Akhir sekali, nilai kasih sayang dapat dilihat. Hal ini kerana abang dan kakak Alim sanggup menemani adiknya, Alim sehingga Alim sembuh. Kasih sayang sesama adik beradik dapat dilihat dalam situasi ini.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

No comments:

Post a Comment