Friday, February 28, 2020

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak 
[1] Keluarga 

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka


Hari bermula dengan menyapu ruang tamu rumah. Saya menyapu ruang tamu rumah yang berdebu. Saya menyapu dengan gembira. Sudah menjadi rutin selepas selesai mandi saya menyapu rumah. Ibu sedang memasak sarapan di dapur bersama kakak. Terdengar gelak tawa ibu dan kakak kadang-kadang. Mereka menyediakan sarapan tanpa jemu setiap pagi. Rutin kakak dan ibu memasakkan sarapan yang enak untuk kami sekeluarga. Ayah sedang mencuci kereta di luar rumah bersama abang. Setiap hari saya akan membantu ibu bapa dengan melakukan kerja-kerja rumah. Saya akan membantu ayah membersihkan kebun selepas selesai mengemas rumah. Kebun yang penuh dengan tanaman mengambil masa yang agak lama untuk dibersihkan. Walaupun penat, saya tetap gembira. Menolong ibu bapa membuatkan saya berasa puas hati. Di malam hari pula, semua membantu ibu dan kakak menyiapkan makan malam. Selepas selesai makan malam, meja makan akan dibersihkan oleh saya. Saya tidak pernah berasa penat melakukannya setiap hari. Bagi saya, menolong ibu bapa merupakan salah satu cara saya membalas jasa mereka yang tidak pernah berkira dalam membesarkan saya. Saya cintakan keluarga bahagia saya. Saling bertolak ansur dalam melakukan kerja rumah dan masing-masing tidak pernah merungut. Kadang-kadang kami adik beradik berlumba untuk membantu dengan lebih banyak. Terima kasih kerana selalu ada bersama saya keluargaku yang tercinta.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu




Monday, February 24, 2020

BBM3410Satu2020: Blanket test 2.0

Tiada tajuk production

Blanket test 2.0

1. Terangkan asas grafik "mudah" dan contohnya
Jawapan: Mudah  adalah apabila sesuatu gambar yang dilihat tiada jelas kekeliruan dan jelas. Contohnya,  gambar pemandangan laut yang menunjukkan laut. (Syafika)

2. Gambar asas fotografi
Jawapan: Siluet dan pendua (Zulfadhli)

BBM3410Satu2020: Asas fotografi


MUG SHOT: RASYIDAH
MUG SHOT 2

MUG SHOT: HAZIQ

MUG SHOT 2

MUG SHOT: ABIDIN

MUG SHOT 2

MUG SHOT: SYAFIKA

MUG SHOT 2

MUG SHOT:HUSNINA

MUG SHOT 2

MUG SHOT: AQILAH

MUG SHOT 2

MUG SHOT: ZULFADHLI

MUG SHOT 2

MUG SHOT: EMMY

MUG SHOT 2

MUG SHOT: ARDILLA

MUG SHOT 2

PORTRAIT PENUH

PORTRAIT MUKA

MEDIUM SHOT 1

MEDIUM SHOT 2

LONG SHOT 1

LONG SHOT 2

CLOSE UP: ANGGOTA BADAN

CLOSE UP: BUNGA






Friday, February 21, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM

                                                                     
Berdasarkan cerita sosial 2 dalam buku kajian wacana yang bertajuk “Saya yang istimewa” mengisahkan tentang Alim yang mengikut pesan ibu dan bapanya. Ayah membeli buah-buahan di pasar untuk dimakan bersama-sama. Ibu bapa berpesan bahawa berkongsi barang atau makanan dengan orang lain merupakan perbuatan yang baik. Alim ingat akan pesan itu.  Alim memberikan buah kepada Sulaiman. Sulaiman merupakan anak Pak Cik Yakub dan Mak Cik Timah. Mereka merupakan jiran Alim. Alim suka akan mereka kerana mereka juga baik. Mak Cik mengucapkan terima kasih kepada Alim dengan wajah yang sedih. Mak Cik Timah memuji Alim kerana Alim baik hati memberikan buah kepada Sulaiman. Alim ingat Mak Cik Timah sedih tetapi sebenarnya Mak Cik Timah gembira dengan kebaikan Alim. Ibu memuji sikap baik Alim. Alim juga membantu untuk membuang sampah kulit buah. Alim juga membantu abang Imran, kak Madinah dan ibu bapa untuk mengemas rumah. Walaupun Alim istimewa, dia seorang yang rajin dan baik hati.

                                                                               
 
Normaliza Abd Rahman. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.           Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410SATU2020: Keluargaku

Assalamualaikum, hari ini saya akan menceritakan tentang keluarga saya. Ayah saya dilahirkan di Pahang pada tahun 1971 dan menetap di Terengganu. Ibu saya pula dilahirkan di  Perak pada tahun 1975 dan menetap di Pahang. Selepas berhijrah ke Shah Alam untuk mencari rezeki, ibu bapa saya dipertemukan di tempat kerja yang sama. Selepas beberapa tahun kenal, ibu bapa saya berkahwin pada 18 Ogos 1996 semasa ibu saya berumur 21 tahun dan ayah saya berumur 25 tahun. Ibu bapa saya dikurniakan sebanyak 7 cahaya mata iaitu 3 lelaki dan 4 perempuan. Pada tahun 1997, abang saya yang pertama dilahirkan. Selepas itu, pada tahun 1998 saya dilahirkan. Adik yang seterusnya dilahirkan pada tahun 2001, 2004, 2008, 2012 dan 2015. Abang saya sekarang bekerja di Serdang. Adik perempuan saya yang ketiga menuntut pengajian di UIA Gambang. Adik perempuan saya yang keempat pula menuntut pengajian di MRSM Pekan. Adik lelaki saya yang kelima dan keenam belajar di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti. Adik perempuan bongsu saya sekarang berumur 5 tahun dan sedang belajar di Pasti Putra Permai. Setiap perangai adik beradik saya berbeza-beza.

Ibu saya lebih garang daripada ayah saya tetapi semua adik beradik lebih takut dengan ayah saya. Ibu hanya suka membebel sahaja tetapi baik. Ayah saya hanya akan menasihati melalui mesej.

BBM3410SATU2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

    NURUL RASYIDAH BINTI ROSMADI 198182
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berdasarkan aktiviti 2 dalam buku Eh!! Media sosial, manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa telah disenaraikan sebanyak lima. Antaranya ialah, media sosial dapat membantu  menulis dengan baik dalam kelas bahasa.           
                                       




Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu: Asas Grafik

 5 elemen asas grafik telah dipelajari pada kuliah minggu kedua. Berdasarkan 5 elemen tersebut, gambar daripada majalah diteliti dan dipilih. Sebanyak 5 gambar diperoleh daripada majalah mengikut 5 elemen tersebut. Gambar tersebut dipotong dan dilekatkan di atas "mounting board". Selepas kelima-lima gambar dilekatkan, muka hadapan yang berisi kandungan nama kumpulan dan ahli kumpulan disediakan. Nama ahli dan nombor matrik tidak ditulis tangan. Setiap huruf diperoleh daripada majalah dan dipotong satu demi satu. "Mounting board" yang ditebuk diikatkan dengan ribbon.
Proses menghasilkan buku skrap

Proses menghasilkan buku skrap
                                                                
Muka hadapan buku skrap

Halaman belakang buku skrap
      

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          
 


   
Ahli kumpulan  Tiada Tajuk Production        





                                                                                                                                                                                                                                                                                 


                          






                                                                 

BBM3410Satu2020: Blanket Test

Kumpulan 7

1. Berapa kepentingan asas grafik?
Jawapan: 5 (Syafika)

2. Elemen yang terdapat pada gambar 1
Jawapan: Tiada teks (Haziq)

3. Elemen yang terdapat pada gambar 2
Jawapan: Kesesuaian (Zul)


Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Cerita sosial 1 dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi mengisahkan tentang Alim yang pulang ke kampung datuk dan neneknya. Kampung datuk dan neneknya terletak di Kajang. Kampung itu merupakan kampung sebelah ibu Alim. Alim teruja ketika mahu pulang ke kampung kerana dia ingin bermain dengan itik dan ayam. Sampai sahaja di kampung, Alim terus mencari ayam dan itik. Walau bagaimanapun, Alim sedih dan terus menangis kerana Alim tidak jumpa ayam dan itik. Alim menyangkakan ayam dan itik sudah mati. Rupa-rupanya reban ayam dan itik berpindah tempat. Alim kembali teruja apabila dapat melihat ayam dan itik. Selepas melihat ayam dan itik, Alim masuk ke dalam rumah datuk dan neneknya. Alim merasakan perubahan dalam rumah itu. Alim kembali sedih dan menangis sekali lagi. Alim menyangkakan rumah datuk dan neneknya sudah tiada. Alim dipujuk nenek dan neneknya membawa Alim ke sekeliling rumah untuk menceritakan tentang rumah tersebut. Alim kembali gembira semula. Alim menonton televisyen bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Keluarga Alim pelik dengan tingkah laku Alim yang menangis tanpa sebab pada hari tersebut. Perubahan suasana di kampung tersebut membuatkan hubungan keluarga Alim lebih rapat. Alim juga tidak menangis lagi kerana di sudah tahu ayam dan itik masih ada.


Rujukan
Normaliza Abd Rahman. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.      Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Penulisan blog

10 Cara penulisan blog dengan baik :
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas
7. Dapat dibaca dan difahami
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan

Cara menulis blog dengan baik memerlukan tajuk yang mampu menarik perhatian pembaca. Tajuk yang boleh digunakan adalah seperti kata kunci bagi penulisan blog tersebut ataupun ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk. Selain itu, cerita untuk blog juga perlu menarik dan mempunyai kaitan dengan kehidupan masyarakat kini. Misalnya, isu hangat yang sedang tular di Malaysia. Bagi menjadikan blog lebih menarik, ayat humor ataupun ayat berjenaka boleh digunakan, Hal ini menjadikan penulisan blog tidak terlalu formal dan bosan. Apabila wujud ayat humor dan berjenaka, pembaca akan berminat untuk membaca penulisan yang akan ditulis pada masa hadapan. Seterusnya, ayat-ayat untuk menyokong penulisan blog tersebut perlulah diperoleh daripada sumber yang sahih. Rujukan yang digunakan perlu disertakan dalam penulisan blog tersebut. Selanjutnya, penulisan blog harus mempunyai kaitan dengan berita terkini. Hal ini supaya pembaca dapat maklumat dan ilmu daripada penulisan blog tersebut. Struktur bagi ayat dalam penulisan blog perlulah menggunakan ayat yang ringkas. Hal ini dapat membuatkan pembaca mudah memahami isi yang ingin disampaikan. Ayat yang kompleks akan menyebabkan isi yang ingin disampaikan sukar difahami. Penulisan blog juga perlu mempunyai komunikasi dengan pembaca. Cara menulis blog dengan baik juga memerlukan penulis untuk memasukkan unsur-unsur moral dan nilai estetika. Akhir sekali, blog yang baik mesti berilmu untuk penulisan pendidikan.


Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2014). Learning Through Blog Writing: Embracing the Technology.                      Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Noraien Mansur & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti                    Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020 : Tentang Diri

Saya Nurul Rasyidah binti Rosmadi bernombor matrik 198182. Saya dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan pada 6 Disember 1998. Saya dibesarkan di Seri Kembangan, Selangor. Saya sedang menuntut pengajian di Universiti Putra Malaysia mengambil Ijazah Sarjana Muda jurusan bahasa dan linguistik Melayu. Saya merupakan pelajar lepasan STPM. Saya berminat dengan bahasa Melayu semasa berada di tingkatan 6. Subek bahasa Melayu yang diajar semasa tingkatan 6 lebih menarik dan berbeza dengan sekolah menengah. Hal ini membuatkan saya mengambil keputusan untuk menjadi guru bahasa.
Sekian, terima kasih.