Friday, February 28, 2020

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak 
[1] Keluarga 

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka


Hari bermula dengan menyapu ruang tamu rumah. Saya menyapu ruang tamu rumah yang berdebu. Saya menyapu dengan gembira. Sudah menjadi rutin selepas selesai mandi saya menyapu rumah. Ibu sedang memasak sarapan di dapur bersama kakak. Terdengar gelak tawa ibu dan kakak kadang-kadang. Mereka menyediakan sarapan tanpa jemu setiap pagi. Rutin kakak dan ibu memasakkan sarapan yang enak untuk kami sekeluarga. Ayah sedang mencuci kereta di luar rumah bersama abang. Setiap hari saya akan membantu ibu bapa dengan melakukan kerja-kerja rumah. Saya akan membantu ayah membersihkan kebun selepas selesai mengemas rumah. Kebun yang penuh dengan tanaman mengambil masa yang agak lama untuk dibersihkan. Walaupun penat, saya tetap gembira. Menolong ibu bapa membuatkan saya berasa puas hati. Di malam hari pula, semua membantu ibu dan kakak menyiapkan makan malam. Selepas selesai makan malam, meja makan akan dibersihkan oleh saya. Saya tidak pernah berasa penat melakukannya setiap hari. Bagi saya, menolong ibu bapa merupakan salah satu cara saya membalas jasa mereka yang tidak pernah berkira dalam membesarkan saya. Saya cintakan keluarga bahagia saya. Saling bertolak ansur dalam melakukan kerja rumah dan masing-masing tidak pernah merungut. Kadang-kadang kami adik beradik berlumba untuk membantu dengan lebih banyak. Terima kasih kerana selalu ada bersama saya keluargaku yang tercinta.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu




No comments:

Post a Comment