1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas
7. Dapat dibaca dan difahami
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan
Cara menulis blog dengan baik memerlukan tajuk yang mampu
menarik perhatian pembaca. Tajuk yang boleh digunakan adalah seperti kata kunci
bagi penulisan blog tersebut ataupun ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk.
Selain itu, cerita untuk blog juga perlu menarik dan mempunyai kaitan dengan
kehidupan masyarakat kini. Misalnya, isu hangat yang sedang tular di Malaysia.
Bagi menjadikan blog lebih menarik, ayat humor ataupun ayat berjenaka boleh digunakan,
Hal ini menjadikan penulisan blog tidak terlalu formal dan bosan. Apabila wujud
ayat humor dan berjenaka, pembaca akan berminat untuk membaca penulisan yang
akan ditulis pada masa hadapan. Seterusnya, ayat-ayat untuk menyokong penulisan
blog tersebut perlulah diperoleh daripada sumber yang sahih. Rujukan yang
digunakan perlu disertakan dalam penulisan blog tersebut. Selanjutnya,
penulisan blog harus mempunyai kaitan dengan berita terkini. Hal ini supaya
pembaca dapat maklumat dan ilmu daripada penulisan blog tersebut. Struktur bagi
ayat dalam penulisan blog perlulah menggunakan ayat yang ringkas. Hal ini dapat
membuatkan pembaca mudah memahami isi yang ingin disampaikan. Ayat yang kompleks
akan menyebabkan isi yang ingin disampaikan sukar difahami. Penulisan blog juga
perlu mempunyai komunikasi dengan pembaca. Cara menulis blog dengan baik juga
memerlukan penulis untuk memasukkan unsur-unsur moral dan nilai estetika. Akhir
sekali, blog yang baik mesti berilmu untuk penulisan pendidikan.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2014). Learning Through Blog Writing: Embracing the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Noraien Mansur & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
No comments:
Post a Comment