Friday, February 21, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM

                                                                     
Berdasarkan cerita sosial 2 dalam buku kajian wacana yang bertajuk “Saya yang istimewa” mengisahkan tentang Alim yang mengikut pesan ibu dan bapanya. Ayah membeli buah-buahan di pasar untuk dimakan bersama-sama. Ibu bapa berpesan bahawa berkongsi barang atau makanan dengan orang lain merupakan perbuatan yang baik. Alim ingat akan pesan itu.  Alim memberikan buah kepada Sulaiman. Sulaiman merupakan anak Pak Cik Yakub dan Mak Cik Timah. Mereka merupakan jiran Alim. Alim suka akan mereka kerana mereka juga baik. Mak Cik mengucapkan terima kasih kepada Alim dengan wajah yang sedih. Mak Cik Timah memuji Alim kerana Alim baik hati memberikan buah kepada Sulaiman. Alim ingat Mak Cik Timah sedih tetapi sebenarnya Mak Cik Timah gembira dengan kebaikan Alim. Ibu memuji sikap baik Alim. Alim juga membantu untuk membuang sampah kulit buah. Alim juga membantu abang Imran, kak Madinah dan ibu bapa untuk mengemas rumah. Walaupun Alim istimewa, dia seorang yang rajin dan baik hati.

                                                                               
 
Normaliza Abd Rahman. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.           Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment