Cerita sosial 1 dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi mengisahkan tentang Alim yang pulang ke kampung datuk dan neneknya. Kampung datuk dan neneknya terletak di Kajang. Kampung itu merupakan kampung sebelah ibu Alim. Alim teruja ketika mahu pulang ke kampung kerana dia ingin bermain dengan itik dan ayam. Sampai sahaja di kampung, Alim terus mencari ayam dan itik. Walau bagaimanapun, Alim sedih dan terus menangis kerana Alim tidak jumpa ayam dan itik. Alim menyangkakan ayam dan itik sudah mati. Rupa-rupanya reban ayam dan itik berpindah tempat. Alim kembali teruja apabila dapat melihat ayam dan itik. Selepas melihat ayam dan itik, Alim masuk ke dalam rumah datuk dan neneknya. Alim merasakan perubahan dalam rumah itu. Alim kembali sedih dan menangis sekali lagi. Alim menyangkakan rumah datuk dan neneknya sudah tiada. Alim dipujuk nenek dan neneknya membawa Alim ke sekeliling rumah untuk menceritakan tentang rumah tersebut. Alim kembali gembira semula. Alim menonton televisyen bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Keluarga Alim pelik dengan tingkah laku Alim yang menangis tanpa sebab pada hari tersebut. Perubahan suasana di kampung tersebut membuatkan hubungan keluarga Alim lebih rapat. Alim juga tidak menangis lagi kerana di sudah tahu ayam dan itik masih ada.
Rujukan
Normaliza Abd Rahman. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment