Menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019), genre
kesusasteraan adalah seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Berdasarkan
genre ini, responden memilih salah satu daripada genre yang mereka suka untuk
ditulis di dalam blog. 66.7% responden lelaki dan 80% responden wanita telah
memilih puisi sebagai genre kesukaan mereka. Responden lelaki dan wanita
mencadangkan bahawa puisi adalah genre yang sesuai untuk ditulis dalam blog.
Antara puisi yang ditulis ialah puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa,
dedikasi dan puisi untuk kelas kesusasteraan. Seterusnya, genre cerpen telah dipilih oleh
86.7% responden lelaki dan 96.7% responden wanita. Mereka menyatakan bahawa
blog merupakan medium yang terbaik untuk menulis cerpen pendek. Responden
menyatakan bahawa mereka menulis cerpen pendek untuk menambah baik kemahiran
menulis. Selain itu, penulisan skrip juga telah dipilih oleh responden. Sebanyak
76.7% responden lelaki dan 93.3% responden wanita telah memmilih untuk menulis
skrip dalam blog. Responden menyatakan menulis skrip membantu mereka
berimaginasi. Selanjutnya, genre pantun dipilih oleh 66.7% responden lelaki dan
86.7% responden wanita. Pantun dianggap dapat memberi pesanan kepada
rakan-rakan yang membaca blog.
Selain itu, menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim
(2019), penulisan blog dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam
kalangan responden. Berdasarkan responden, pembelajaran bahasa boleh dipelajari
melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan juga melalui pemikiran kritis
daripada blog. Penulisan surat telah dipilih sebanyak 80% oleh responden lelaki
dan 83.3% responden wanita. Penulisan surat lebih tinggi dipilih oleh responden
wanita kerana wanita lebih suka untuk menulis surat kepada temna istimewa atau
kedua ibu bapa mereka. Seterusnya
sebanyak 66.7% responden lelaki dan 100% responden wanita telah memilih
blog sebagai cara mereka meluahkan perasaan. Peratusan wanita lebih tinggi
kerana wanita lebih sentimental. Menulis teka-teki dipilih oleh 93.3% responden lelaki dan 96.7% responden wanita. Mereka
suka menulis teka-teki kerana menerima banyak komen.
Di samping itu, menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd
Rahim (2019), penulisan blog membantu responden di dalm proses pembelajaran
teknologi. Misalnya, video, audio dan gambar. Bagi video, sebanyak 100% telah
dipilih oleh responden lelaki dan wanita. Hal ini demikian kerana, mereka
teruja untuk menyiarkan klip video di dalam blog mereka. Hal yang sama turut
berlaku di bahagian audio. Kesemua responden suka meletakkan lagu kegemaran
mereka dalam blog. Selanjutnya, gambar telah dipilih oleh 93% responden lelaki
dan 100% responden wanita. Peratusan wanita lebih tinggi kerana mereka lebih
duka menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar.
Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media
Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
No comments:
Post a Comment