Nota ringkas asas grafik
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat 5 elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.
1. Mudah
Grafik yang mudah adalah apabila grafik tersebut dapat difahami oleh individu yang melihatnya dengan sekali pandang. Grafik tersebut seharusnya jelas tidak meragukan.
2. Warna
Warna dalam grafik perlu seimbang dan tidak melebihi 3 warna. Warna yang terlalu banyak akan menyebabkan grafik terlalu serabut dan tidak kemas.
3. Teks
Teks dalam grafik seharusnya sesuai dengan gambar yang diletakkan. Font dan saiz teks juga memainkan peranan penting. Font dan saiz tersebut perlu seimbang dengan gambar yang ada
4. Kesesuaian
Grafik perlulah sesuai dengan latar tempat dan masa. Misalnnya, latar tempat yang menunjukkan di taman tema perlu menunjukkan permainan-permainan taman tema tersebut dalam grafik.
5. Keseimbangan
Ruang kiri, kanan, atas dan bawah grafik perlu seimbang. Maksudnya, jika gambar tersebut terdapat gambar orang di bahagian kiri yang memandang ke arah kanan maka di sebelah kanan mestilah ruangnya atau pemandangannya luas.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra
Malaysia
No comments:
Post a Comment