Jenis-jenis shot yang dinyatakan dalam buku seperti di dalam rujukan
Bahagian B
Rule of Thirds merupakan teknik yang paling penting dalam bidang fotografi. Rule of Thirds digunakan untuk mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Apabila membingkai foto, bayangkan imej dibahagikan mengikut kotak grid. Unsur-unsur penting dalam fotografi diletakkan dekat garisan atau persimpangan grid. Individu yang mengambil gambar atau yang diambil gambar itu perlu bergerak untuk memdapatkan komposisi yang terbaik. Kepentingan teknik ini dalam fotografi adalah dapat menghasilkan gambar yang seimbang. Keseimbangan dalam imej yang menggunakan teknik ini dapat dilihat. Bahagian atas, bawah, kiri dan kanan seimbang dengan objek dan pemandangan. Seterusnya, kepentingan Rule of Thirds penting dalam mengambil gambar manusia dan pemandangan. Penggunaan Rule of Thirds dalam mengambil gambar manusia dan pemandangan akan menghasilkan gambar yang cantik. Hal ini dikatakan demikian kerana, manusia dan pemandangan berada di kotak grid yang betul. Ini menyebabkan komposisi antara manusia dan pemandangan yang diambil seimbang. Seterusnya, gambar swafoto juga sesuai menggunakan teknik Rule of Thirds. Hal ini dikatakan demikian kerana, swafoto yang menampakkan keseimbangan antara wajah dan pemandangan akan menghasilkan gambar yang menarik dan cantik. Wajah berada di garisan menegak yang pertama dan berada di bawah garisan melintang yang pertama dari atas. Dengan menggunakan teknik ini, wajah tidak nampak terlalu besar dan dekat dengan kamera.
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia
No comments:
Post a Comment