Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)



Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)
Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik tema suatu teks
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan
Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk dibahagi kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana dan kawalan pemikiran. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik tema suatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Akhir sekali, struktur mikro member fokus kepada  makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks.






Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment