Tuesday, March 24, 2020

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
       

Twitter merupakan medium yang dapat diakses dengan mudah, pantas, efisyen dan terdapat info terkini. Twitter mendorong individu untuk membaca kerana mudah diakses. Oleh kerana Twitter mempunyai jumlah maksimum 140 patah perkataan dalam satu tweet, individu ada masa untuk membaca. Ayat digunakan dalam Twitter memyebabkan individu memperoleh maklumat dengan mudah kerana ayat yang digunakan adalah mudah dan ringkas. Pengguna Twitter menyatakan berita yang disampaikan dalam Twitter pantas. Misalnya, jika berlaku kemalangan atau kesesakan lalu lintas di sesuatu jalan, pengguna yang membacanya dalam Twitter dapat mengelakkan daripada melalui jalan tersebut. Selain itu, berita di Twitter adalah benar dan tidak direka. Selanjutnya, pengguna Twitter mengatakan penggunaan Twitter dapat menjimatkan masa untuk mencari berita penting dan utamadaripada akhbar. Twitter lebih mendapat perhatian seseorang yang berumur berbanding dengan kanak-kanak sekolah. Kanak-kanak sekolah menggangap Twitter membosankan. Twitter juga mempunyai banyak aura positif. Hal ini dikatakan demikian kerana, banyak digunakan oleh individu yang berpendidikan. Twitter memberi kesan positif terhadap pembelajaran kerana terkandung pelbagai maklumat. Bahasa di Twitter memudahkan kehidupan orang ramai. Berita terkini dapat dibaca di Twitter. Kesimpulannya, Twitter merupakan media sosial yang mengalakkan individu untuk membaca. Twitter juga membantu mengasah bakat penulisan kerana bahasa yang digunakan harus ringkas dan mudah. Twitter juga mempunyai banyak aura positif.

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment