Monday, January 4, 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

RASYIDAH
198182

Masihkah Kau Ingat?

1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri                               

(Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master, 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

 

Penerangan:

1. Pengkaji perlu membina ayat yang berbeza dengan apa yang dirujuk. Ayat tersebut tidak boleh berbeza dengan makna asal tetapi menyampaikan maksud yang sama. Ayat tersebut tidak boleh sama seperti rujukan.

2. Pengkaji perlu memastikan hasil kerja tersebut diperiksa plagiatnya menggunakan Turnitin atau sistem lain sebelum hasil kerja dihantar kepada penyelia.

3. Rujukan yang gunakan perlulah merupakan sumber yang utama. Hal ini bermaksud, rujukan itu merupakan rujukan asal. Bukan rujukan dalam hasil kerja orang lain.

4. Pengkaji perlu menggunakan rujukan atau artikel yang baru agar kajian itu dapat difahami dengan baik. Pengkaji perlu membaca sekurang-kurangnya 50 artikel.

5. Seminar atau persidangan yang mempunyai kaitan dengan kajian yang ingin dilakukan boleh dihadiri oleh pengkaji supaya dapat membantu pengkaji dalam menjalankan kajian.

6. Pengkaji perlu melakukan perbincangan dengan penyelia bukan dengan rakan. Hal ini dikatakan demikian kerana, rakan tidak mahir dalam bidang itu. Penyelia merupakan sumber rujukan terbaik jika pengkaji mempunyai masalah dalam melaksanakan kajian.

7. Halaman setiap bab yang dihasilkan oleh pengkaji sekurang-kurangnya bagi bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master, 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

8. Hasil tesis pula sekurang-kurangnya perlu mempunyai 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). Walau bagaimanapun halaman tersebut perlu mengikuti kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

9. Pengkaji perlu membuat persediaan sepanjang tempoh pengajian. Pengkaji perlu membuat jadual dalam menghasilkan tesis supaya tidak ketinggalan dan kelam-kabut.



Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis Tesis!. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia




Kehadiran minggu 11:


No comments:

Post a Comment