Monday, January 18, 2021

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya nak cerita pengalaman ambil kelas dengan ProfDrN semester ini. Semester lepas sudah ambil kelas Multimedia dalam Bahasa dengan ProfDrN. Walaupun penuh dengan tugasan semester lepas masa kelas dengan prof, semester ini tak serik lagi ambil kelas dengan prof. Sebab yakin kalau buat kerja macam apa yang prof nak mesti dapat A. Tapi jalan nak menuju ke A itu tak semudah yang disangka ya. Bukan setakat penuh onak duri, memang berpagar besi, berduri, berpisau semua la rasanya. Memang sangat banyak tugasan. Semester lepas kelas ProfDrN setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Tiga kali menangis setiap selama 14 minggu. Alhamdulillah semester ini menangis sekali seminggu. Sebab kelas ProfDrN hari Isnin saja. Setiap Isnin bilik banjir. Pagi-pagi lepas dapat tugasan biasanya akan buat kerja dalam keadaan marah sebab kerja banyaknya Allah saja yang tahu. Nak ke petang tu, emosi tu jadi lain pula. Buat kerja sambil menangis pula. Saya yakin kawan-kawan yang lain pun buat kerja sambil menangis juga. Bukan sebab hati tisu, tapi memang tugasan tu buat nak menangis. Dalam hati selalu cakap “Memang tugasan ProfDrN ni tiada penghujungnya ke?” Setiap minggu doa prof kurangkan kerja. Tapi makin lama, makin bertambah. Saya faham saja niat prof. Niat prof nak suruh kami biasa dengan cara buat kerja cepat. Sebenarnya inilah realiti kehidupan. Prof ajar pelajar untuk kenal dunia sebenar. Ini yang buat saya kuat setiap minggu. Percayalah, dalam banyak-banyak kelas bila dah habis semester, kelas ProfDrN ni laa yang paling akan dirindui. Rindu nak marah-marah. Rindu nak menangis. Rindu nak kelam kabut. Rindu suasana sibuk sampai tak makan. Ada juga kawan-kawan semester lepas yang cakap “Sanggup eh korang ambil kelas dengan prof lagi sem ni”. Kami mampu senyum dan ketawa saja. Sebab kami mahu A. Kami mahu rasa realiti sebenar kehidupan. Kami mahu praktikal. Kami tahu tugasan banyak. Kami tahu kami akan penat. Tapi kami tahu itu semua pengalaman yang berharga. Itu semua akan terbayar. Itu semua akan berguna untuk kami di masa hadapan. Jaranglah ambil kelas dengan prof tiada input selepas habis semester. Sampai hari ini lagi saya berswafoto guna Rule of Thirds. Untuk kelas semester ini memang sangat banyak input yang diperoleh. Kosa kata bahasa Inggeris pun dah bertambah. Banyak perkataan baharu yang selama ini tak pernah didengari, saya gunakan dalam harian saya.Tugasan minggu 11 paling mencabar. Bila prof suruh transkrip videonya yang dimuat naik di Youtube. MasyaAllah Allahuakbar Astaghfirullah sampai masuk mimpi suara prof. Terngiang-ngiang. Kelas dengan ProfDrN memang takkan boleh relaks. Ada saja tugasan prof nak bagi. Tiada istilah rehat bila kelas dengan prof. Habis-habis pun prof lambatkan waktu untuk hantar. Bahagian jumlah tugasan tu memang takkan berkurang. Tapi tak mati pun buat tugasan prof. Kami semua Alhamdulillah hidup lagi. Masih ada masa untuk layan k-drama walaupun tugasan bertimbun. Kalau ada pelajar baru tanya kelas ProfDrN macam mana. Saya akan suruh mereka ambik saja dan reda awal-awal. Tiada nasihat lain yang boleh diberikan. Memang kena reda. Pengalaman ini semua akan jadi pengalaman manis untuk saya sebagai pelajar. Walaupun banyak menangis, semua ini akan jadi kelakar bila diingat semula. Terima kasih Prof! Bebelan prof paling akan dirindui. Halalkan semua ilmu kami prof. Kami minta maaf kalau ada buat prof tersedak. Kami terlalu tekanan mungkin masa itu. Sebenarnya kami sayang prof.


MINGGU 1

BBN3402SATU2020: MINGGU1 EXCEL 


MINGGU 2

BBN3402SATU2020:MINGGU2 EXCEL

BBN3402SATU2020:MINGGU2 CERITA SOSIAL


MINGGU 3

BBN3402SATU2020:MINGGU3 EXCEL

BBN3402SATU2020:MINGGU3 PUISI


MINGGU 4

BBN3402SATU2020:MINGGU4 EXCEL

BBN3402SATU2020:MINGGU4 ALIM

BBN3402SATU2020: MINGGU4 PRAKATA & BAB 1


MINGGU 5

BBN3402SATU2020:MINGGU5 EXCEL

BBN3402SATU2020:MINGGU5 JADUAL EDITED

BBN3402SATU2020:MINGGU5 JADUAL CLEAN


MINGGU 6

BBN3402SATU2020:MINGGU6 PROF DI UK

BBN3402SATU2020:MINGGU6 UJARAN EDITED

BBN3402SATU2020:MINGGU6 UJARAN CLEAN

BBN3402SATU2020:MINGGU6 TESIS


MINGGU 7

BBN3402SATU2020:MINGGU7 QUOTATION

BBN3402SATU2020:MINGGU7 EXCEL


MINGGU 8

BBN3402SATU2020:MINGGU8 BERITA AWANI

BBN3402SATU2020:MINGGU8 TWITTER

BBN3402SATU2020:MINGGU8 TESIS


MINGGU 9

BBN3402SATU2020:MINGGU9 QUOTATION(2)

BBN3402SATU2020:MINGGU9 CERITA PENDEK

BBN3402SATU2020:MINGGU9 TESIS BAB 1

BBN3402SATU2020:MINGGU9 WACANA


MINGGU 10

BBN3402SATU2020:MINGGU10 RESIPI(1)

BBN3402SATU2020:MINGGU10 RESIPI(2)

BBN3402SATU2020:MINGGU10 RESIPI(3)

BBN3402SATU2020:MINGGU10 RESIPI(4)

BBN3402SATU2020:MINGGU10 QUOTATION(3)

BBN3402SATU2020:MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?


MINGGU 11

BBN3402SATU2020:MINGGU11 QUOTATION(4)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 HURAIAN TESIS

BBN3402SATU2020:MINGGU11 ASAS GRAFIK

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(1)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(2)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(3)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(4)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(5)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(6)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(7)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(8)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(9)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(11)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(12)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13)


No comments:

Post a Comment