Monday, January 4, 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(3)

 

3. Persoalan Kajian/ Objektif Kajian (Bab1) #JomTulisTesis

Bab 1, 1.4. Kalau kita tengok di sini, 1.4 Persoalan kajian dan objektif kajian 1.5. Jadi kita ambil persoalan kajian. Okay. Jadi persoalan kajian dengan objektif kajian perlulah sejajar. Okay. Perlu sejajar. Kerana ia berkaitan. Jadi sekarang ini, contoh, kita ambil contoh yang ini. Persoalan kajian. Tengok beza sini. Mengenal pasti wacana tekstual skrip animasi cerita rakyat Melayu. Ini objektif dia. Apakah wacana tekstual skrip animasi cerita rakyat Melayu. Jadi ini kalau misalnya objektif dia dan persoalan dia ini ada satu. Jadi persoalan dia teruslah. Maknanya kita boleh faham dah. Tapi kalau contohnya “menganalisis kesan skrip animasi cerita rakyat Melayu dalam kalangan pelajar sekolah”, kita boleh jadi dua soalan daripada satu objektif iaitu “Sejauh manakah kesan skrip animasi cerita rakyat Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah?” “ Bagaimanakah pelajar memberi pendapat menerusi skrip animasi cerita rakyat Melayu?”. Jadi kedua-dua soalan ini sebenarnya akan menjawab objektif dua. Kena ingat ya. Apa sahaja dalam objektif ini kita kena persoalkan semula. Sebab kita nak tahu bahawa sejauh mana kesan itu. Bagaimana cara dia? Jadi itu akan menjawab objektif ini. Jadi bila kita analisis data ini, memang ini akan terjawab. Okay. Serupa juga, macam contohnya “ Menghasilkan repertoir perbualan melalui animasi cerita rakyat Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Yang ini sebenarnya ada temu bual. Temu bual dalam kalangan pelajar sekolah rendah tentang skrip animasi tersebut. Jadi, dia bagi pendapat. Jadi, persoalannya “Sejauh manakah repertoir dibina melalui ini ini ini”. Bagaimana? Dan apakah cara perbualan? Jadi ini terjawablah dalam tu. Bagaimana. Apakah cara perbualan dia? Adakah dia cara perbualan dia memang berdua atau bertiga atau berempat. Ataupun memang dia duduk, dia sorang. Tapi nak kata seorang, dia nak berbual dengan siapa pula. Okay. Mungkin dengan penyelidik. Soalan ketiga “Apakah kategori repertoir?” Jadi maknanya dia hasilkan repertoir, ada tiga soalan di sini. Sejauh manakah? Apakah cara perbualan? Apakah kategori dia? Memang setelah itu nanti bila kita menganalisis data, memang kita akan dapati akan terjawablah soalan ketiga-tiga ini. Jadi, bukanlah semestinya, satu objektif, satu. Boleh juga satu objektif, tiga soalan. Tapi sebenarnya, bila kita analisis data, memang akan terjawab tiga-tiga soalan ini. Macam yang nombor 2, analisis kesan skrip animasi akan ada dua persoalan. Bila kita analisis memang kita jawablah dua soalan ini. Macam itu. Kita dapati bahawa memang kita jawab dua-dua soalan ini. Bila yang objektif satu “Mengenal pasti wacana tekstual” memang kita akan ada satu. Contohnya. Boleh juga nak buat dua. Tapi kita tengoklah cara kita analisis data itu terjawab tak soalan ini. Bila kita buat analisis, kita tengok balik soalan. Terjawab tak? Jadi bila dah terjawab tu memang betullah. Jadi, janganlah kita letak semua tiga-tiga objektif atau semua dua-dua objektif, semua ada satu sahaja soalan. Jadi kita boleh letak dua atau tiga. Kadang-kadang ada pelajar ada letak sampai empat. Sebab dia nak pastikan bahawa bila dia analisis data itu, memang terjawab empat-empat soalan tersebut. Kalau contohnya “Menghasilkan buku panduan penulisan skrip animasi cerita rakyat”. Contohnya, kalaulah pelajar itu buat ada empat objektif,. Jadi sejauh manakah buku panduan penulisan skrip animasi cerita rakyat dihasilkan. Apakah cara untuk menghasilkan buku panduan skrip animasi cerita rakyat? Jadi, yang ini memang ini akan jadi kebaharuan. Yang nombor ketiga, keempat kebaharuan bagi awak punya tesis. Benda baharu yang kita nak sebarkan ke seluruh dunia. Jadi yang ini kita akan ada dua persoalan di sini. Sejauh manakah buku panduan dihasilkan? Apakah cara dia? Jadi bila buat ini memang kita pastikan bila kita analisis data, kita pastikan data kita terjawab dua-dua soalan ini. Jadi bila kita nak tulis, objektif, kita pastikan, kita persoalkan. Apa benda yang kita akan dapati. Bila kita analisis data nanti. Adakah ini? Adakah itu? Jadi sebab itulah kita ada beberapa soalan untuk satu objektif. Ini ada dua soalan untuk satu objektif. Ini ada tiga soalan. Ini ada ini. Tapi soalan dia memang berkisarkan tentang objektif ini tadi. Tak lari. Tak lari. Tetapi memang ini sebagai penyelidik yang bagus, memang akan persoalkan supaya nanti bila kita macam ini “ Dibina repertoir, sejauh mana repertoi dibina?” Lepas itu, apakah cara perbualan dia. Cara perbualan dia itu kita kena huraikanlah. Apakah kategori? Sebab kita nak kategorikan repertoir tersebut. Untuk objektif ketiga ini. Jadi kita pastikan kita jawab semua soalan ini ya. Jadi, pelajar semua, harap bila kita dah lihat apakah objektif kita, kita pastikan bahawa persoalan kita itu menjawab soalan. Menjawab melalui objektif kita. Dan kita kena pastikan bahawa semula saya katakan bahawa apa yang kita analisis akan terjawablah soalan-soalan yang kita tanya. Pada diri kita. Persoalan ini. Dan pemeriksa bila dia baca, oh okay. Soalan dia begini, memang saya dapati ada dalam bab 4. Okay soalan dia begini, okay kita memang dapati bahawa memang pelajar tulis dalam kategori. Kategori repertoir itu. Dah bagi repertoir. Bermakna memang tesis ini berjaya. Sebab dia boleh menjawab persoalan daripada objektif yang telah dia cadangkan untuk tesis dia. Jadi pastikan bahawa, 1.4 persoalan kajian, 1.5 objektif. Perkataan ini. Perkataan ini yang diambil. Ini. Seperti ini. Mengenal pasti, menganalisis, menghasilkan. Ini ada dalam sini. Kalau kita dapat lihat, awak kena pastikan bahawa objektif satu yang awak pilih itu, perlulah dari. Kalau kita lihat di sini. Kejap. Saya ada cadangkan ia di sini. Cadangan senarai kata kerja. Ini ya. Kata kerja operasional taksonomi Bloom. Jadi, kita pastikan objektif satu itu rendah. Okay. Kalau C1 itu, dia rendah. Rendah. Macam tadi mengenal pasti ada ya. Mengenal pasti. Kemudian, bila objektif 2, kita nak analisis. Kena yang tinggi. Kena kita tinggi. Kita tengoklah mana yang bersesuai. Kita baca dulu. Yang mana kita bersesuai untuk objektif kedua. Kalau untuk aplikasi, apa dia. Untuk analisis, apa dia. Ini kita tadi pilih untuk objektif kedua, analisis. Itu dah tinggi. Dah C4. Maknanya kita memang analisis, analisis secara mendalam. Secara mendalam. Kemudian, kita nak letakkan menghasilkan itu. Kita letak C6. Kita nak hasilkan tadi kan. Ingat tak kita nak hasilkan repertoir atapun kita nak hasilkan buku panduan ke apa ke. Itu perkataan-perkataan dia. Jadi, ini pastikan bahawa janganlah objektif 1 satu awak ambik C5, awak nak nilai. Tiba-tiba objektif 2 rendah pula. Awak masuk pula mengenal pasti. Dah salah. Dia mesti daripada kecil, daripada mudah. Ini dikira mudah. Hinggalah kita naik-naik sehinggalah ke C6. Jadi pastikan pemilihan perkataan-perkataan ini, yang bersesuaian dengan objektif. Bersesuai. Dan juga ikut tahap dia. Rendah ke tinggi. Objektif 1 rendah, objektif 2 tinggi sikit, objektif 3 lagi tinggi. Janganlah objektif satu rendah, objektif 2 awak letak okay tinggi betul. C6 tadi. Kemudian objektif tiga awak turun pula balik. Salah. Kena ikut tingkat. Macam kita naik tangga. Rendah, naik, naik. Jadi ambil daripada sini. Pastikan bahawa perkataan itu bersesuaian dengan objektif kita. Jadi kena bersesuai. Dan lagi satu. Lagi satu, bila kita tulis objektif ini. Contoh mengenal pasti. Ada pula pelajar nombor 2 mengenal pasti juga. Kemudian nombor 3, mengenal pasti lagi. Nombor 4 mengenal pasti. Dah empat-empat mengenal pasti. Jadi itu tak boleh. Itu semuanya tahap yang rendah. Tahap yang rendah ini tidak bersesuaian. Asyik nak mengenal pasti saja. Dah kenapa kan. Kita nak juga analisis. Jadi tak boleh. Jadi macam ini, yang saya bagi contoh ini kalau dia buat empat objektif. Biasanya objektif ada tiga sahaja. Kalau ada empat pun, kalau yang ini dia hasilkan repertoir, ini buku panduan. Ini berbeza. Jadi, bolehlah dia nak tukar. Contohnya menghasilkan. Jadi dia boleh nak tukar. Kalau kita tengok sini. Ada banyak. Kita ada. Mengatur, mengkategorikan, menyusun, membangun. Ada banyaklah. Merencana, merumuskan pun boleh. Kita letak ini merumus. Jadi kalau misalnya ini sudah C6. Bolehlah C6 ini, C6 yang ini. Jadi boleh rujuk dalam buku ini. Kalau tidak ada pun boleh rujuk dekat internet. Kalau jumpa. Okay. Pastikan ya. Ingat. Saya katakan tadi. Saya ulang balik. Pastikan kategori dia daripada rendah, kemudian tinggi sikit, kemudian tinggi lagi. Okay. Supaya nampak dia punya perbezaan. Cara kita nak menganalisis data tersebut. Jadi pemilihan perkataan ini amat penting dalam penulisan objektif kajian.

 

3. Research Questions / Research Objectives (Chapter 1) #JomTulisTesis

Chapters 1, 1.4. If we look here, 1.4 Research questions and objectives of study 1.5. So we take the research question. Okay. So the research questions with the research objectives need to be aligned. Okay. Needs to be aligned. Because it is related. So now, for example, let's take this example. Research questions. Look at the difference here. Identifying the textual discourse animation script Malay folklore. This is her/his objective. Is animation script textual discourse Malay folklore. So this is if for example, his/her objective and his/her question there is one. So the question he/she continues. That means we can understand. But if for example "analyze the impact of the animation script Malay folklore among elementary school students", it can be objectives 2, namely the question of "How much effect animation script Malay folklore among elementary school students?" "How do students give opinions through animation script Malay folklore?". So these two questions will actually answer objective 2. Remember. Whatever is in this objective we have to question again. Because we want to know the extent of the effect. How is it? So that will answer this objective. So if we analyze this data, indeed this will be answered. Okay. Similarly, the example of "Produce repertoire animated conversation through the Malay folklore among elementary school students. This one is actually an interview. Interviews among primary school students about the animated script. So, he/she shared his/her opinion. So, the question is "To what extent is the repertoire built through this and this". How? And what is the way of conversation? So this is answered in there. How. How does he/she talk? Is the way he/she talks he/she is indeed two or three or four. Or indeed he/she is sitting, he/she is alone. But one person wants to say, he/she wants to talk to someone else. Okay. Probably with researchers. The third question is "What is the category of repertoire?" So that means he /she created a repertoire, there are three questions here. How far? What is the way of conversation? What is it category? Indeed, after that when we analyze the data, we will find that these three questions will be answered. So, not necessarily, one objective, one. Can also be one objective, three questions. But in fact, when we analyze the data, these three questions will be answered. As in number 2, the analysis of the effects of the animated script will have two questions. When we analyze, we answer these two questions. Like that. We find that we do answer these two questions. When the objective of one is "Identifying textual discourse" we will have one. For example. Can also make two. But let's look at the way we analyze the data to answer this question. When we do analysis, we look back at the question. Did you answer? So when it is answered, it is true. So, let's not put all three objectives or all two objectives, all there is only one question. So we can put two or three. Sometimes there are students write up to four. Because he/she wants to make sure that when he/she analyzes the data, the four questions are answered. If for example "Produce a guidebook for writing animated scripts of folk tales". For example, if the student makes four objectives. So to what extent are folklore animated script writing handbooks produced. What is the way to produce a folklore animated script guidebook? So, this one is indeed going to be a novelty. The third number, the fourth novelty for you to have a thesis. New things we want to spread all over the world. So this one we will have two questions here. To what extent is the handbook produced? What is it way? So when we do this we make sure when we analyze the data, we make sure our data is answered these two questions. So when we want to write, objective, we make sure, we question. What things will we find. When we analyze the data later. Is this? Is that? So that is why we have several questions for one objective. Here are two questions for one objective. Here are three questions. Here it is. But his/her question really revolves around this objective just now. Align. Align. But indeed as a good researcher, will indeed question so that later when we are like this    "Built repertoire, how far is repertoire built?" After that, what is the way he/she talks. We have to explain the way he/she talks. What is it category? Because we want to categorize the repertoire. For this third objective. So we make sure we answer all these questions. So, all students, please when we have seen what our objectives are, we make sure that our questions answer the questions. Answer through our objectives. And we have to make sure that again I say that what we analyze will answer the questions we ask. On ourselves. This question. And the examiner when he reads, oh okay. His question is like this, indeed I found it in chapter 4. Okay his question is like this, okay we did find that indeed students write in categories. The repertoire category. Already for the repertoire. Meaning this thesis is successful. Because he can answer questions from the objectives he has proposed for his thesis. So make sure that, 1.4 research questions, 1.5 objectives. This word. This word is taken. Here. Like this. Identify, analyze, produce. It's in here. If we can see, you have to make sure that the objective one you choose, must be from. If we look here. Wait. I have suggested it here. Suggested verb list. Here it is. Bloom's taxonomic operational verbs. So, we make sure the objective one is low. Okay. If it's C1, it's low. Low. Like just identifying. Identify. Then, when objective 2, we want analysis. It’s high. We have to choose the high one. Let's see which one fits. We read first. Which fit for the second objective. If for the application, what is it. For analysis, what is it. This, we just chose for the second objective, analysis. That's high. Already C4. That means we are indeed analysis, in-depth analysis. Deeply. Then, we want to put that produce.  Located C6. We want to produce just now, right? Remember we do not want to produce a repertoire or we want to produce a guidebook to what. Those are his words. So, this makes sure that you do not have objective 1 with C5, you have to exam it. Suddenly objective 2 is lower than objective 1. You choose identify. Wrong. It,s must be from lower level, from simple. This is considered easy. Until we go up and up all the way to C6. So make sure the selection of these words, which corresponds to the objective. Suitable. And also follow its level. Low to high. Objective 1 low, objective 2 slightly higher, objective 3 more high. Don't let objective one be low, objective 2 you place okay high right. C6 earlier. Then the objective of the three of you goes back down. Wrong. Must follow the level. Like we went up the stairs. Low, up, up. So take it from here. Make sure that the word fits our objective. Have to adapt. And one more. One more thing, when we write this objective. Examples identify. There are also number 2, students identifying as well. Then number 3, identify again. Number 4 identifY. The four have identifY. So that can't be. That's all low level. This low level is not appropriate. It's all to identify. Why? We also want analysis. So you can't. So like this, I give this example if he makes four objectives. Usually there are only three objectives. If there are four, if this one he produced repertoire, this is a guidebook. This is different. So, let’s change. For example produce. So he/she can change. If we look here. There are many. We have. Organize, categorize, organize, build. There are many. Planning, formulating is also possible. We put this formulating. So if for example this is already C6. Let this C6, this C6. So can refer in this book. If there is none, you can refer to the internet. Up to you. Okay. Make sure. Remember. I said earlier. I repeat. Keep it category from low, then a little high, then high again. Okay. To see that it has a difference. The way we can analyze the data. So the selection of these words is very important in writing the objectives of the study.


Pautan video:

https://www.youtube.com/watch?v=lTV4bXMeYcw

Bukti subscribe:










Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis Tesis!. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia






















Kehadiran minggu 11:



BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(2)

 


2. Pernyataan Masalah / Masalah Kajian (Bab 1) #JomTulisTesis

Jadi bab 1 kita teruskan 1.3 pernyataan masalah. Okay. Pernyataan masalah. masalah ataupun masalah. Okay. Dalam pernyataan masalah biasanya pelajar mempunyai masalah ya. Nama pun pernyataan masalah. Masalah macam mana nak tulis pernyataan masalah. Ini sangat kritikal dan sangat penting. Kadang-kadang pelajar dia letak sampai 10 halaman.       Masalah nak huraikan tentang penyataan masalah. Bila kita baca langsung tidak ada masalah. Jadi berhati-hati dan juga pelajar selalu letak pernyataan masalah tu dia letak yang dia rasa, macam “saya dapati bahawa pelajar tidak pandai mengira 1 hingga 10”. Awak tu siapa. Jadi kita tak boleh, kita kena ada rujukan. Pernyataan masalah, rujukan merupakan perkara yang penting. Perkara yang penting. Maknanya kita perlu rujuk. Perlu rujuk siapa yang punya kajian yang menunjukkan bahawa ada masalah dalam kajian tersebut. Ataupun kenyataan daripada orang ini atau daripada Normaliza Abd Rahim, 2019 mendapati bahawa pelajar kurang berminat untuk, untuk mendengar ataupun untuk mendengar cerita berbentuk sekian sekian sekian. Jadi itu dah menunjukkan macam menunjukkan benda negatif. Dan juga huraian daripada kajian Normaliza Abd Rahim itu mendapati bahawa lima pelajar didapati, didapati tidak boleh menggunakan kata kerja dalam dalam penulisan karangan. Contoh dia. Dan itulah dah nampak masalah. Sebab masalah itu bila kita dapati kita huraikan sikit. Kemudian masalah Normaliza Abd Rahim tu tadi disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Nur Maisarah Roslan, 2019 yang mendapati bahawa pelajar tidak dapat mengenal pasti kata kerja dalam dalam membina, membina soalan. Contoh dia. Contoh ya. Jadi, jadi. Adalah sokong. Dua kajian ini sokong timbulnya masalah tersebut. Okay. Barulah betul. Jadi itu yang menunjukkan masalah huraian kita tu. Jadi sekarang. Jadi pelajar biasanya buat macam mana. Dia pergi buat. Okay contohnya kajian itu tentang kata kerja. Yang awak punya kajian tentang kata adjektif. Jadi awak boleh buat kajian oleh Normaliza Abd Rahim tidak berfokus kepada kajian tentang kata adjektif. Itu dikatakan pernyataaan salah. Salah tu. Tidak boleh. Tidak boleh. Tidak boleh macam seolah-olah memanglah dia buat kata kerja sebab kata kerja, kata kerja sebab dia berfokus kepada kata kerja. Tetapi awak tak bolehlah kata dia tak buat pasal kata adjektif. Memanglah tak buat kata adjektif sebab dia berfokus kepada kata kerja. Jadi salah begitu ya. Jadi huraian di sini ini macam saya katakan tadi perlu ada ayat yang dikatakan oleh pengkaji tersebut dalam artikel dia. Jadi pernyataan masalah ini terbahagi kepada  objektif. Kalau contoh objektif ada dua, ada dua perenggannya di sini. Kalau objektif ada tiga, makna ada tiga perenggan. Satu, dua, tiga. Jadi huraian dalam ini huraian daripada kajian. Dan disokong oleh siapa. Okay. Disokong oleh siapa. Ayat macam saya katakan tadi ya. Kemudian, hujung ayat itu, Awak kata “Justeru kajian ini” sebab berkaitan dah nampak jurang penyelidikan dalam ini. “Justeru kajian ini mengenal pasti, mengenal pasti wacana tekstual skrip animasi bla bla bla”. Sebab didapati kat sini ini bahawa kajian itu mendapati bahawa pelajar contohnya. Pelajar ataupun skrip animasi tidak melambangkan apa dia, apa dia. Jadi kajian itu menurut orang tu. Orang tu cakap. Bukan kita yang cakap, orang tu yang cakap. Jadi serupa juga dengan yang ini, kena ada sokong. Kajian ini didapati ada masalah dalam kajian tu pelajar tidak boleh mengenal pasti kata adjektif contoh dia. Kemudian, “justeru kajian ini ingin menganalisis kata adjektif yang terdapat dalam penulisan karangan kanak-kanak”. Macam contoh, pernyataan masalah ketiga okay. Menurut Norwida Roslan, 2019 pelajar didapati tidak boleh, tidak berminat dan tidak boleh mengira nombor satu sehingga dua puluh. Contoh dia. Kajian dia. Kajian dia didapati begitu. Jadi, justeru kajian ini ingin menganalisis okay. Menganalisis apa nama, pengiraan ataupun aktiviti pelajar dalam mengira nombor dari satu hingga dua puluh. Jadi kita kena kaitkan dalam hujung ayat perenggan itu, kaitkan dengan objektif ini. Hujung ayat ini, kaitkan dengan objektif ini. Hujung ayat ini kaitkan dengan objektif ketiga. Jadi, barulah ada pernyataan masalah ini berkaitan dengan awak punya objektif. Jadi, rujukan. Dalam rujukan yang dalam yang ini. Dalam permaslaahan kajian ini perlulah lima tahun ke belakang. Kita tak boleh la. Kita ambik apa nama pernyataan masalah daripada kajian yang lama-lama. Sebab kita kena faham bahawa kajian yang dijalankan sekarang ini semuanya dah berbeza ya. Dah berbeza dengan kita mempunyai teknik. Dunia digital jadi budak-budak pun pandai. Macam yang saya katakan sebelum ini, zaman dulu boleh la kata “Ei budak ni pandai betul. Cerdik betul. Kita tanya satu soalan, dia jawab sepuluh jawapan. Pandai”. Tetapi dalam dunia digital sekarang ini berbeza. Yang mana sekarang budak-budak kita bagi soalan, dia bagi jawapan sampai 47. Sampai kita kata “okay berhenti, jangan bagi jawapan dah, Letih cikgu nak dengar”. Jadi ada budak-budak macam tu sampai sekarang ini ya. Dia dah lebih ke hadapan. Sebab dia dah ada dunia digital ini masing-masing ada dah telefon mudah alih, telefon bimbit masing-masing dalam beg. Kadang-kadang telefon mereka lebih mahal daripada telefon kita. Bertabahlah kita ya. Jadi pastikan pernyataan masalah ini betul. Tak perlu panjang lebar. Kerana apa yang terdapat dalam rujukan dalam ini dan dalam ini semuanya ada huraian yang lebih panjang lebar dalam bab dua. Jadi, pernyataan masalah yang ini perlu ada lah dalam bab 2. Tak boleh la awak ada nama-nama ini, kemudian pemeriksa kata mana pergi nama-nama yang awak dah kata dalam pernyataan masalah dah tidak ada dalam bab 2. Tak boleh. Ini secara ringkas. Yang dikatakan tentang pernyataan masalah ini. Ini kita kata secara terperinci seluruh-seluruhnya. Tentang orang ini, Normaliza Abd Rahim, 2019 kajian dia secara menyeluruh. Ini dengan panjang lebar. Jadi maknanya, kena ada la. Yang ini nama yang awak sorot sini, ambik di sini mesti ada dalam ini. Pastikan betul pernyataan masalah ini. Amat penting. Jadi biasanya, pelajar didapati bahawa agak sukar untuk menulis pernyataan masalah. Jadi sekarang bila dah belajar ini, dah tidak ada masalah.

 

2. Problem Statement / Research Problem (Chapter 1) #JomTulisTesis

So in chapter 1 we proceed to 1.3 problem statement. Okay. Statement of problem. Problems or problems. Okay. In problem statement usually students have a problem. The name is also a statement of problems. How to write a problem statement. This is very critical and very important. Sometimes students put up to 10 pages. Problem to describe the problem statement. If we read directly there is no problem. So be careful and also students always put the statement of the problem he/she put what he/she feels, like "I find that students are not good at counting 1 to 10". Who are you? So we can't, we have to have a reference. Problem statement, reference is important. The important thing. That means we need to refer. It is necessary to refer to who has a study that shows that there is a problem in the study. Or a statement from this person or from Normaliza Abd Rahim, 2019 found that students are less interested in, to hear or to hear stories so much. So that shows how to show negative things. And also the description from the study of Normaliza Abd Rahim found that five students were found, found not to be able to use verbs in in essay writing. An example. And that's the problem. Because the problem is when we find we explain a little. Then the problem of Normaliza Abd Rahim was supported by a study conducted by Nur Maisarah Roslan, 2019 which found that students can not identify verbs in building, constructing questions. An example. Example. So, so. Is supportive. These two studies support the emergence of the problem. Okay. That's right. So that shows the problem of our description. So now. So students usually do what. He/She went for it. Okay for example the study is about verbs. That you have a study of adjectives. So you can do a study by Normaliza Abd Rahim does not focus on the study of adjectives. That is said to be a false statement. That's wrong. No way. No way. It can't be as if he did make verbs because of verbs, verbs because he focuses on verbs. But you can't say he didn't make adjectives. Of course he did not make adjectives because he focused on verbs. So wrong. So the description here is like I said earlier, there must be a sentence that the researcher said in his article. So the statement of this problem is divided into objectives. If the objective example has two, there are two paragraphs here. If there are three objectives, it means there are three paragraphs. One two three. So the description in this description is from the study. And supported by whom. Okay. Supported by whom. A sentence like I said earlier. Then, at the end of the sentence, you say "Therefore this study" because the related research gap has been seen in this. "Thus this study identifies, identifies the textual discourse of the animated script blah blah blah". The reason found here is that the study found that students, for example. Students or animated scripts do not represent what he is. So the study according to that person. That person spoke. It is not we who speak, it is the person who speaks. So similar to this one, there must be support. This study found that there is a problem in the study, students can not identify adjectives for example. Then, "therefore this study wants to analyze the adjectives found in the writing of children's essays". As an example, the third problem statement is okay. According to Norwida Roslan, 2019 students were found not to be, not interested and could not count number one to twenty. An example. His studies. His study found that. So, therefore this study wants to analyze, okay. Analyze what names, calculations or student activities in counting numbers from one to twenty. So we have to relate in the end of the paragraph sentence, relate to this objective. The end of this sentence, relate to this objective. The end of this sentence is related to the three objective. So, then there is a statement of this problem related to you having an objective. So, reference. In this deep reference. In the study, this study should be five years back. We can't. We take the name of the problem statement from a long ago studies. Because we have to understand that the study conducted now is all different. It's different with us having techniques. The digital world is so clever. Like I said before, in the old days we could say “Hey this boy is really good. That's right. We asked one question, he answered ten answers. Clever ”. But in today's digital world it is different. Which now we ask questions, kid gives answers up to 47. Until we say "okay stop, do not give answers already, teacher is tired to hear it". So there are kids like that until now. He is more forward. Because he already has this digital world, each of them has a mobile phone, each mobile phone in a bag. Sometimes their phones are more expensive than our phones. Let us persevere. So make sure the statement of this problem is correct. No need for length. Because of what is found in the references in this and in this all there is a longer description in chapter two. So, this problem statement should be in chapter 2. You can't have these names, then the word examiner goes to the names that you said in the problem statement are not in chapter 2. You can't. This is brief. That said about the statement of this problem. This we say in detail entirely. About this person, Normaliza Abd Rahim, 2019 her study as a whole. This is at length. So that means, there must be. This is the name you highlighted here, ambiguous here must be in this. Make sure the statement of this problem is correct. Very important. So usually, students find that it is quite difficult to write a problem statement. So now that you have learned this, there is no problem.


Pautan video:

https://www.youtube.com/watch?v=9eGx4GgpLb4

Bukti subscribe:


                                                                                         

                              

            

                                                                    




Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis Tesis!. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia























Kehadiran minggu 11:



BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(1)


1. Pengenalan/ Pendahuluan & Latar Belakang Kajian (Bab 1) #jJomTulisTesis

 

Bab 1 iaitu bab bahagian pendahuluan ataupun kadang-kadang pelajar dia tulis sebagai bab pengenalan. Boleh je mana satu pun, boleh nak letak pendahuluan boleh, nak letak pengenalan pun boleh. Jadi bab ini kalau kita tengok dalam buku ni, kita ada banyak subtopik ya. Subtopik kita ada pengenalan. Pengenalan sama dengan semua bab iaitu kita memperkenalkan apa ada dalam bab tersebut. Latar belakang, permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif, kepentingan kajian, batasan, definisi operasional, organisasi kajian dan kesimpulan, Okey jadi kita seperti biasa kita akan masukkan 1.1 pengenalan, jadi dalam bahagian pengenalan ini kita akan memperkenalkan apa dalam bab ini. Tapi kadang-kadang kita, saya dapati pelajar tidak tulis pengenalan ni dalam lebih kurang dua hingga tiga halaman macam tu. Tapi nama pun pengenalan, pengenalan kalau kita letak panjang lebar dia dah jadi seperti latar belakang. Kadang-kadang pengisian dalam pengenalan itu kita dapati adalah seperti sorotan kajian. Dia letak pulak kajian disitu. Jadi itu kita kena pastikan ya kita cuma nak memperkenalkan, memperkenalkan mungkin kita memperkenalkan apa tentang keseluruhan tesis tersebut. Serupa juga macam kita nak buat bab 5 penutup. Kita nak tutup seleruh tesis, jadi pengenalan kita nak memperkenalkan apa yang tentang kajian dalam dalam tesis ini ya. Jadi kalau misalnya tak mahu awak buat begitu, awak boleh buat pengenalan dalam satu perenggan pun takpe. Apa ada dalam bab pengenalan bab 1 ini sahaja. Jadi terpulang, terpulang kepada pelajar ya. Tapi pastikan tidak seperti sorotan dan tidak seperti latar belakang kerana kita ada subtopik latar belakang. Jadi dalam latar belakang ini sebenarnya dia kalau kita lihat ia sepeti sejarah ataupun iya memang kita nak memperkenalkan. Kalau kita nak buat kajian tentang Instagram jadi maksudnya kita letaklah bilakah Instagram bermula, siapa memperkenalkannya, letak tahun, kemudia datang Malaysia bila, bagaimana bentuk Instagram. Semua dalam ni ciri-ciri Instagram. Semua ada dekat dalam dalam ini tetapi mesti ada rujukan. Nama pun latar belakang, nama pun sejarah, perlulah ada rujukan. Kalau takde rujukan tak boleh la. Jangan awak kata menurut, takde menurut pun. Dia buat, dia buat je sampai sampai tiga empat halaman langsung takde rujukan. Macam seolah-olah dia yang buat latar belakang tu. Itu salah, maknanya setiap perenggan yang awak huraikan dalam latar belakang perlu ada rujukan. Jadi kalau nak letak bila bermulanya Instagram, siapa mulakannya dia tak letak pulak tahun bila dan dia ambil daripada laman web mana. Jadi kena rujukan, jadi pentingnya latar belakang. Jadi latar belakang ini menunjukkan kalau kita pemeriksa baca, kita nak lihat bahawa okey tentang latar belakang Twitter contohnya, macam ni macam macam mana datang kat Malaysia ni. Apa kandungan Twitter itu, apa ciri-ciri dia, apa semua tu. Barulah saya sebagai pemeriksa faham tentang kajian ini begini. Owh kajian yang dia buat begitu. Okey, jadi masukkan dalam latar belakang tetapi ingat bahawa latar belakang ini bukan sorotan kajian. Janganlah awak masuk menurut Normaliza Abd Rahim (2019) apa nama ni Twitter ni menjalankan tentang bla bla bla dah itu rupa sorotan kajian. Maka berhati-hati jadi dalam latar belakang ini kitab oleh letak lebih kurang. kita boleh lebih kurang dua hingga tiga halaman. Kalau lebih ada pelajar dia letak latar belakang tu sampai 10-20 halaman. Itu dah tak boleh. Itu dah jadi baiklah buat buku sejarah. Ya tak perlu sebab kita nak letak latar belakang yang serba ringkas supaya pemeriksa faham yang macam saya katakan tadi owh pemeriksa owh pelajar nak buat latar belakang begini rupanya. Begitu rupanya. Jadi ini amatlah penting. Jadi pastikan ada rujukan. Dalam latar belakang ini tak perlulah kita kata lima tahun kebelakang sebab kita nama sejarah kalau sejarah maknanya dah tahun yang lama-lama yang maknanya latar belakang tidaklah terhad. Rujukan lima tahun kebelakang jadi rujukan tu ni bila-bila lah. Tentang bila ditubuhkan. Apa semua tu tak ada masalah. Boleh letak dalam latar belakang tetapi pastikan ia daripada contohnya dia buat tentang Twitter itu tadi. Latar belakang Twitter kemudian pasti awak tulis menjurus kepada akhirnya kepada kajian awak ini. Kajian awak ini jadi maknanya mula-mula dia punya secara meluas, kemudian meluas tentang siapa mulakan apa semua dan menjurus akhirnya. Hampir kepada kita punya kajian. Itu Namanya latar belakang kajian. Mestilah berkaitan dengan kajian kita ya.

 

 

1. Introduction / Introduction & Background of the Study (Chapter 1) #JomTulisTesis

 

Chapter 1 is the chapter of the introductory part or sometimes the student, he writes as an introductory chapter. You guys can put the introduction or introductory chapter. So, this chapter if we look at this book, we have a lot of subtopics. The subtopic has an introduction. The introduction is same like all the chapters that we need to introduce in this the chapter. Background, research problems, research questions, objectives, research interests, limitations, operational definitions, studies organization and conclusions, Okay, so as usual, we will enter 1.1 introductions, so in this introductory section we will introduce what in this chapter. But sometimes we, I find students write the introduction in about two to three pages like that. But it is called introduction, the introduction if we write length it has become like a background. Sometimes the filling in the introduction, we find, is like a study highlight. He put the study there. So, we have to make sure, we just want to introduce, introduce maybe we introduce what about the whole thesis. Similarly, went we do in a chapter 5 conclusion. We need to conclude the whole thesis. So, if for example you do not want to do that, you can make an introduction in a single paragraph. What is in the introductory chapter 1 only. So, it's up to you, up to the students. But make sure it is not like a highlight and not like a background because we have a background subtopic. So, in this background, he is actually if we see it as history or we do want to introduce. If we want to do a study on Instagram so it means we put. Everything is close inside in this, but there must be a reference. The name of the background, the name of history, there must be a reference. If there is no reference, it cannot be. Do not stated. He did, he made me up to three or four pages directly without reference. It was as if he was the one who made the background. That's wrong, meaning every paragraph you describe in the background should have a reference. So, if you want to put it when Instagram starts, who started it, he didn't put it in the year and he took it from which website?. So, it needs to be referenced, so the background is important. So, this background shows that if we are a examiner, we want to see that it is okay about the Twitter background, for example, this is how it comes to Malaysia. What is the content on Twitter, what are his features, what is all that. Only then did I, as an examiner, understand this study. Oh, the study he did so. Okay, so put it in the background, but remember that this background is not a study highlight. Do not go in according to Normaliza Abd Rahim (2019) what is the name of this Twitter running about blah blah blah that's what the study highlights. So be careful, so in the background of this book by placing more or less. we can be about two to three pages. If there are more students, he puts the background up to 10-20 pages. That is no longer possible. That's so good for the history books. Yes, there is no need because we want to put a very simple background so that the examiner understands. What I said earlier the examiner understand the students want to create a background like this apparently. Oh, it's like that. So, this is very important. Make sure there is a reference. In this background we do not need to say five years ago because we are the name of history if history means a long time ago which means the background is not limited. References five years ago so that reference is anytime. About when established. Is all that no problem. Can put in the background but make sure it is from the example he made about Twitter just now. The background of Twitter then sure you write leads to the end of your study. This study of yours so means first he has extensively, then extensively about who starts what all and leads to the end. Almost we have a study. That is the name of the study background. Must be relevant to our study.


 

Pautan video:

https://www.youtube.com/watch?v=aJNLU4elCvQ

Bukti subscribe:











Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis Tesis!. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia






















Kehadiran minggu 11:



BBN3402SATU2020: MINGGU11 ASAS GRAFIK

RASYIDAH
198182

Elemen Asas Grafik

Mudah

Misalnya: Sekeping foto sebuah basikal berwarna merah yang terletak di halaman rumah. Seseorang yang melihat foto tersebut akan faham bahawa foto itu ialah sebuah basikal yang berwarna merah.

 

Warna

Misalnya: Sekeping foto sebuah kereta yang berwarna biru dan disertai dengan pokok di belakang yang berwarna hijau. Terdapat juga warna awan yang kebiruan. Foto ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada kereta, pokok dan awan.

 

Teks

Misalnya: Iklan telefon bimbit disertai dengan teks "Nipis dan Ringan" memberi persepsi tentang telefon tersebut. Oleh itu, seharusnya teks tersebut ditulis dengan besar dengan menggunakan jenis font yang menarik supaya pengguna berminat untuk membelinya.

 

Kesesuaian

Misalnya: Foto tiga orang kanak-kanak sedang bermain di halaman rumah yang terletak di sebuah kampung. Kanak-kanak berkaki ayam serta wajah kanak-kanak yang sedang ketawa. Langit yang hampir gelap yang menunjukkan suasana waktu petang. Terdapat tulisan di bawah foto tersebut "Suasana di kampung saya".

 

Keseimbangan

Misalnya: Ruang sebelah kiri gambar terdapat lima batang pokok besar seimbang dengan sebuah rumah kampung di sebelah kanan gambar. Maka, lima batang pokok besar seimbang dengan rumah kampung. Di sebelah atas gambar pula terdapat awan yang luas berwarna biru manakala di sebelah bawah pulak terdapat padang rumput berwarna hijau yang luas. Maka, awan seimbang dengan rumput berwarna hijau yang luas.

 


Basic Graphic Elements

Easy

For example: A photo of a red bike located in the backyard. Someone who looks at the photo will understand that the photo is a red bike.

 

Color

For example: A photo of a car in blue with a green tree in the back. There are also bluish cloud colors. This photo is clearly interesting because it has three colors that stand out and focus on cars, trees and clouds.

 

Text

For example: Mobile phone ads accompanied by the text "Thin and Light" give a perception about the phone. Therefore, the text should be written in large size using attractive font types so that users are interested in buying them.

 

Suitability

For example: A photo of three children playing in the backyard of a village. Children barefoot as well as the faces of children who are laughing. The sky is almost dark which shows the view of the evening. There is a caption under the photo "View in my village".

 

Balance

For example: In the space to the left of the picture there are five large trees balanced with a village house to the right of the picture. Thus, five large trees are balanced with the village house. At the top of the picture is a large blue cloud while at the bottom there is a large green meadow. Thus, the clouds are balanced with broad green grass.


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia













Kehadiran minggu 11:



BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

RASYIDAH
198182

Masihkah Kau Ingat?

1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri                               

(Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master, 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

 

Penerangan:

1. Pengkaji perlu membina ayat yang berbeza dengan apa yang dirujuk. Ayat tersebut tidak boleh berbeza dengan makna asal tetapi menyampaikan maksud yang sama. Ayat tersebut tidak boleh sama seperti rujukan.

2. Pengkaji perlu memastikan hasil kerja tersebut diperiksa plagiatnya menggunakan Turnitin atau sistem lain sebelum hasil kerja dihantar kepada penyelia.

3. Rujukan yang gunakan perlulah merupakan sumber yang utama. Hal ini bermaksud, rujukan itu merupakan rujukan asal. Bukan rujukan dalam hasil kerja orang lain.

4. Pengkaji perlu menggunakan rujukan atau artikel yang baru agar kajian itu dapat difahami dengan baik. Pengkaji perlu membaca sekurang-kurangnya 50 artikel.

5. Seminar atau persidangan yang mempunyai kaitan dengan kajian yang ingin dilakukan boleh dihadiri oleh pengkaji supaya dapat membantu pengkaji dalam menjalankan kajian.

6. Pengkaji perlu melakukan perbincangan dengan penyelia bukan dengan rakan. Hal ini dikatakan demikian kerana, rakan tidak mahir dalam bidang itu. Penyelia merupakan sumber rujukan terbaik jika pengkaji mempunyai masalah dalam melaksanakan kajian.

7. Halaman setiap bab yang dihasilkan oleh pengkaji sekurang-kurangnya bagi bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master, 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

8. Hasil tesis pula sekurang-kurangnya perlu mempunyai 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). Walau bagaimanapun halaman tersebut perlu mengikuti kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

9. Pengkaji perlu membuat persediaan sepanjang tempoh pengajian. Pengkaji perlu membuat jadual dalam menghasilkan tesis supaya tidak ketinggalan dan kelam-kabut.



Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis Tesis!. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia




Kehadiran minggu 11:


BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)

RASYIDAH
198182


1. Teks asal: I can see in your eyes that you are a kind person.

Terjemahan Melayu: Saya dapat melihat di mata anda bahawa anda adalah orang yang baik hati.

Bukti: Lagu 1 (Keluarga)

Saya sayang ibu dan bapa

Abang, kakak, adik dan saudara

Mereka semua ada bersama

Semasa saya memerlukan mereka

(Halaman 19, rangkap 3)

 

2. Teks asal: A friend is when she/he understands you no matter how difficult you try to explain the situation.  

Terjemahan Melayu: Seorang sahabat adalah ketika dia memahami anda tidak kira betapa sukarnya anda cuba menjelaskan sesuatu keadaan.

Bukti: Lagu 1(Keluarga)

Saya sayang ibu dan bapa

Abang, kakak, adik dan saudara

Mereka semua ada bersama

Semasa saya memerlukan mereka

(Halaman 19, rangkap 3)

 

3. Teks asal: A good friend is when she/he is not being judgemental towards you.

Terjemahan Melayu: Sahabat yang baik adalah ketika dia tidak bersikap menghakimi terhadap diri anda.

Bukti: Lagu 3 (Saya yang Istimewa)

Saya yang istimewa

Bersikap baik sesama manusia

Saya dilihat berlainan rupa

Semangat positif dikongsi bersama

(Halaman 20, rangkap 2)

 

4. Teks asal: No matter how ready you are to face the world, the world will always try to make you feel challenge.

Terjemahan Melayu: Tidak kira betapa bersedia anda menghadapi dunia, dunia akan sentiasa berusaha membuat anda merasa tercabar.

Bukti: Lagu 4 (Saya Tahu)

Hati saya siapa yang tahu

Saya sendiri jadi keliru

Ingin menangis seperti selalu

Air mata keluar menderu

(Halaman 21, rangkap 2)

 

5. Teks asal: I am willing to share what I have with others.

Terjemahan Melayu: Saya bersedia berkongsi apa yang saya ada dengan orang lain.

Bukti: Lagu 2 (Diri)

Kawan-kawan semua

Inilah saya yang istimewa

Saya sentiasa berusaha

Menjadi insan yang berguna

(Halaman 20, rangkap 4)

 

6. Teks asal: What I have today will not be mine if I am not honest. Be honest in everything that you do.

Terjemahan Melayu: Apa yang saya ada hari ini tidak akan menjadi milik saya sekiranya saya tidak jujur. Jujurlah dalam semua yang anda lakukan.

Bukti: Lagu 2 (Diri)

Saya seorang yang baik hati

Jujur dan ikhlas di dalam diri

Saya belajar berdikari

Menolong orang setiap hari

(Halaman 20, rangkap 2)

 

7. Teks asal: Be kind. Be honest. Work hard and do you best.

Terjemahan Melayu: Berbuat baik. Jujurlah. Bekerja keras dan lakukan yang terbaik.

Bukti: Lagu 2 (Diri)

Saya seorang yang baik hati

Jujur dan ikhlas di dalam diri

Saya belajar berdikari

Menolong orang setiap hari

(Halaman 20, rangkap 2)

 

8. Teks asal: I am full of emotions but my emotions will not give negative impacts towards others.

Terjemahan Melayu: Saya penuh dengan emosi tetapi emosi saya tidak akan memberi kesan negatif kepada orang lain.

Bukti: Lagu 4 (Saya Tahu)

Saya tahu

Semua mahu

Soalan bertalu-talu

Senyum membisu

(Halaman 21, rangkap 3)

 

9. Teks asal: Although I am emotionally challenged but I will try my best not to make you feel burden.

Terjemahan Melayu: Walaupun saya tercabar secara emosi tetapi saya akan berusaha sedaya upaya untuk tidak membuat anda merasa terbeban.

Bukti: Lagu 4 (Saya Tahu)

Saya cuba memahami

Diri saya sendiri

Mengapa jadi begini

Ayah dan ibu susah hati

(Halaman 20, rangkap 1)

 

10. Teks asal: My parents will be happy when I am a better person.

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya akan gembira apabila saya menjadi orang yang lebih baik.

Bukti: Lagu 1 (Keluarga)

Ibu bapa yang disayangi

Saya tetap berhati-hati

Menjaga budi pekerti

Keluarga saya yang dicintai

(Halaman 19, rangkap 2) 


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017). 200 Quotes For You For Us. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu




















Kedatangan minggu 11: