Monday, January 4, 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 ASAS GRAFIK

RASYIDAH
198182

Elemen Asas Grafik

Mudah

Misalnya: Sekeping foto sebuah basikal berwarna merah yang terletak di halaman rumah. Seseorang yang melihat foto tersebut akan faham bahawa foto itu ialah sebuah basikal yang berwarna merah.

 

Warna

Misalnya: Sekeping foto sebuah kereta yang berwarna biru dan disertai dengan pokok di belakang yang berwarna hijau. Terdapat juga warna awan yang kebiruan. Foto ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada kereta, pokok dan awan.

 

Teks

Misalnya: Iklan telefon bimbit disertai dengan teks "Nipis dan Ringan" memberi persepsi tentang telefon tersebut. Oleh itu, seharusnya teks tersebut ditulis dengan besar dengan menggunakan jenis font yang menarik supaya pengguna berminat untuk membelinya.

 

Kesesuaian

Misalnya: Foto tiga orang kanak-kanak sedang bermain di halaman rumah yang terletak di sebuah kampung. Kanak-kanak berkaki ayam serta wajah kanak-kanak yang sedang ketawa. Langit yang hampir gelap yang menunjukkan suasana waktu petang. Terdapat tulisan di bawah foto tersebut "Suasana di kampung saya".

 

Keseimbangan

Misalnya: Ruang sebelah kiri gambar terdapat lima batang pokok besar seimbang dengan sebuah rumah kampung di sebelah kanan gambar. Maka, lima batang pokok besar seimbang dengan rumah kampung. Di sebelah atas gambar pula terdapat awan yang luas berwarna biru manakala di sebelah bawah pulak terdapat padang rumput berwarna hijau yang luas. Maka, awan seimbang dengan rumput berwarna hijau yang luas.

 


Basic Graphic Elements

Easy

For example: A photo of a red bike located in the backyard. Someone who looks at the photo will understand that the photo is a red bike.

 

Color

For example: A photo of a car in blue with a green tree in the back. There are also bluish cloud colors. This photo is clearly interesting because it has three colors that stand out and focus on cars, trees and clouds.

 

Text

For example: Mobile phone ads accompanied by the text "Thin and Light" give a perception about the phone. Therefore, the text should be written in large size using attractive font types so that users are interested in buying them.

 

Suitability

For example: A photo of three children playing in the backyard of a village. Children barefoot as well as the faces of children who are laughing. The sky is almost dark which shows the view of the evening. There is a caption under the photo "View in my village".

 

Balance

For example: In the space to the left of the picture there are five large trees balanced with a village house to the right of the picture. Thus, five large trees are balanced with the village house. At the top of the picture is a large blue cloud while at the bottom there is a large green meadow. Thus, the clouds are balanced with broad green grass.


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia













Kehadiran minggu 11:



BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

RASYIDAH
198182

Masihkah Kau Ingat?

1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri                               

(Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master, 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

 

Penerangan:

1. Pengkaji perlu membina ayat yang berbeza dengan apa yang dirujuk. Ayat tersebut tidak boleh berbeza dengan makna asal tetapi menyampaikan maksud yang sama. Ayat tersebut tidak boleh sama seperti rujukan.

2. Pengkaji perlu memastikan hasil kerja tersebut diperiksa plagiatnya menggunakan Turnitin atau sistem lain sebelum hasil kerja dihantar kepada penyelia.

3. Rujukan yang gunakan perlulah merupakan sumber yang utama. Hal ini bermaksud, rujukan itu merupakan rujukan asal. Bukan rujukan dalam hasil kerja orang lain.

4. Pengkaji perlu menggunakan rujukan atau artikel yang baru agar kajian itu dapat difahami dengan baik. Pengkaji perlu membaca sekurang-kurangnya 50 artikel.

5. Seminar atau persidangan yang mempunyai kaitan dengan kajian yang ingin dilakukan boleh dihadiri oleh pengkaji supaya dapat membantu pengkaji dalam menjalankan kajian.

6. Pengkaji perlu melakukan perbincangan dengan penyelia bukan dengan rakan. Hal ini dikatakan demikian kerana, rakan tidak mahir dalam bidang itu. Penyelia merupakan sumber rujukan terbaik jika pengkaji mempunyai masalah dalam melaksanakan kajian.

7. Halaman setiap bab yang dihasilkan oleh pengkaji sekurang-kurangnya bagi bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master, 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

8. Hasil tesis pula sekurang-kurangnya perlu mempunyai 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). Walau bagaimanapun halaman tersebut perlu mengikuti kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

9. Pengkaji perlu membuat persediaan sepanjang tempoh pengajian. Pengkaji perlu membuat jadual dalam menghasilkan tesis supaya tidak ketinggalan dan kelam-kabut.



Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis Tesis!. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia




Kehadiran minggu 11:


BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)

RASYIDAH
198182


1. Teks asal: I can see in your eyes that you are a kind person.

Terjemahan Melayu: Saya dapat melihat di mata anda bahawa anda adalah orang yang baik hati.

Bukti: Lagu 1 (Keluarga)

Saya sayang ibu dan bapa

Abang, kakak, adik dan saudara

Mereka semua ada bersama

Semasa saya memerlukan mereka

(Halaman 19, rangkap 3)

 

2. Teks asal: A friend is when she/he understands you no matter how difficult you try to explain the situation.  

Terjemahan Melayu: Seorang sahabat adalah ketika dia memahami anda tidak kira betapa sukarnya anda cuba menjelaskan sesuatu keadaan.

Bukti: Lagu 1(Keluarga)

Saya sayang ibu dan bapa

Abang, kakak, adik dan saudara

Mereka semua ada bersama

Semasa saya memerlukan mereka

(Halaman 19, rangkap 3)

 

3. Teks asal: A good friend is when she/he is not being judgemental towards you.

Terjemahan Melayu: Sahabat yang baik adalah ketika dia tidak bersikap menghakimi terhadap diri anda.

Bukti: Lagu 3 (Saya yang Istimewa)

Saya yang istimewa

Bersikap baik sesama manusia

Saya dilihat berlainan rupa

Semangat positif dikongsi bersama

(Halaman 20, rangkap 2)

 

4. Teks asal: No matter how ready you are to face the world, the world will always try to make you feel challenge.

Terjemahan Melayu: Tidak kira betapa bersedia anda menghadapi dunia, dunia akan sentiasa berusaha membuat anda merasa tercabar.

Bukti: Lagu 4 (Saya Tahu)

Hati saya siapa yang tahu

Saya sendiri jadi keliru

Ingin menangis seperti selalu

Air mata keluar menderu

(Halaman 21, rangkap 2)

 

5. Teks asal: I am willing to share what I have with others.

Terjemahan Melayu: Saya bersedia berkongsi apa yang saya ada dengan orang lain.

Bukti: Lagu 2 (Diri)

Kawan-kawan semua

Inilah saya yang istimewa

Saya sentiasa berusaha

Menjadi insan yang berguna

(Halaman 20, rangkap 4)

 

6. Teks asal: What I have today will not be mine if I am not honest. Be honest in everything that you do.

Terjemahan Melayu: Apa yang saya ada hari ini tidak akan menjadi milik saya sekiranya saya tidak jujur. Jujurlah dalam semua yang anda lakukan.

Bukti: Lagu 2 (Diri)

Saya seorang yang baik hati

Jujur dan ikhlas di dalam diri

Saya belajar berdikari

Menolong orang setiap hari

(Halaman 20, rangkap 2)

 

7. Teks asal: Be kind. Be honest. Work hard and do you best.

Terjemahan Melayu: Berbuat baik. Jujurlah. Bekerja keras dan lakukan yang terbaik.

Bukti: Lagu 2 (Diri)

Saya seorang yang baik hati

Jujur dan ikhlas di dalam diri

Saya belajar berdikari

Menolong orang setiap hari

(Halaman 20, rangkap 2)

 

8. Teks asal: I am full of emotions but my emotions will not give negative impacts towards others.

Terjemahan Melayu: Saya penuh dengan emosi tetapi emosi saya tidak akan memberi kesan negatif kepada orang lain.

Bukti: Lagu 4 (Saya Tahu)

Saya tahu

Semua mahu

Soalan bertalu-talu

Senyum membisu

(Halaman 21, rangkap 3)

 

9. Teks asal: Although I am emotionally challenged but I will try my best not to make you feel burden.

Terjemahan Melayu: Walaupun saya tercabar secara emosi tetapi saya akan berusaha sedaya upaya untuk tidak membuat anda merasa terbeban.

Bukti: Lagu 4 (Saya Tahu)

Saya cuba memahami

Diri saya sendiri

Mengapa jadi begini

Ayah dan ibu susah hati

(Halaman 20, rangkap 1)

 

10. Teks asal: My parents will be happy when I am a better person.

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya akan gembira apabila saya menjadi orang yang lebih baik.

Bukti: Lagu 1 (Keluarga)

Ibu bapa yang disayangi

Saya tetap berhati-hati

Menjaga budi pekerti

Keluarga saya yang dicintai

(Halaman 19, rangkap 2) 


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017). 200 Quotes For You For Us. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu




















Kedatangan minggu 11:



Monday, December 28, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(4)

                            M10 - TERJEMAHAN RESEPI 4

                            

 NURUL RASYIDAH BINTI ROSMADI             NURSYAFIKA BINTI RAPOL

                          (198182)                                                         (199783) 




Terrific Turkey Chili

Using some fresh and some canned ingredients, this chili is a snap to throw together and will keep you craving it for days. Chunky zucchini, fresh green onion, sour cream, and - what the heck - shredded Cheddar cheese, are sure to make this your favorite chili recipe. If you like beans in your chili, garbanzos right out of the can are great in this.

 

By big surprise

Prep: 15 mins

Cook: 55 mins

Total: 1 hr 10 mins

Servings: 6

Yield: 6 servings

 

Ingredients

3 tablespoons vegetable oil, divided

 

1 ½ pounds ground turkey

 

1 (1 ounce) package taco seasoning mix

 

1 teaspoon ground coriander

 

1 teaspoon dried oregano

 

1 teaspoon chili pepper flakes

 

2 tablespoons tomato paste

 

1 (14.5 ounce) can beef broth

 

1 (7 ounce) can salsa

 

1 (14.5 ounce) can crushed tomatoes, or coarsely chopped tomatoes packed in puree

 

1 (7 ounce) can chopped green chile peppers

 

1 medium onion, finely chopped

 

1 green bell pepper, diced

 

3 medium zucchini, halved lengthwise and sliced

 

1 bunch green onions, chopped

 

1 cup sour cream

 

1 cup shredded Cheddar cheese

 

 

Directions

Step 1

Heat 1 tablespoon of oil in a large stock pot over medium-high heat. Crumble turkey into the pot, stirring with a wooden spoon to break apart as much as possible. Season with taco seasoning mix, coriander, oregano, chili flakes, and tomato paste, and mix until meat is evenly coated with seasonings. Continue cooking, reducing heat if necessary, until turkey is well browned.

 

Step 2

Pour in beef broth, and simmer to reduce liquid slightly, about 5 minutes. Add salsa, tomatoes, and green chilies, and continue cooking at a moderate simmer for ten minutes. Adjust the thickness at any time you feel necessary by adding water.

 

Step 3

While chili is still cooking, heat one tablespoon of oil in a large skillet over medium-high heat. Cook onion and green bell pepper, stirring occasionally for 5 minutes, or until onion is translucent and bell pepper is lightly browned. Add onion and bell pepper to the chili, and continue cooking at a very low simmer.

 

Step 4

In the same skillet, heat the remaining tablespoon of oil over medium-high heat. Add the zucchini, and cook stirring occasionally, for 5 minutes, or until lightly browned. Add the zucchini to the chili, reduce heat, and continue cooking 15 minutes more. Again, adjust the consistency with water as needed.

 

Step 5

Ladle chili into serving bowls. Top with sour cream, green onion, and cheddar cheese, and serve.

 

Nutrition Facts

Per Serving:

506 calories; protein 34.7g; carbohydrates 24.1g; fat 31.9g; cholesterol 124.8mg; sodium 1521.4mg.

 

Ayam BelandaCili Pedas

Dengan menggunakan beberapa bahan segar dan beberapa bahan dalam tin, cili ini adalah makanan ringan yang terbaik dan akan membuatkan anda ingin makannya selama berhari-hari. Potongan zucchini,daun bawang segar, krim masam, dan keju Cheddar yang dicarik, pasti menjadikan ini resipi cili ini kegemaran anda. Sekiranya anda suka kacang dalam cili anda, garbanzos langsung dalam tin sangat sesuai untuk digunakan dalam resepi ini.

 

Oleh big surprise

Persediaan: 15 minit

Masak: 55 minit

Jumlah: 1 jam 10 minit

Hidangan: 6

Hasil: 6 hidangan

 

Bahan-bahan

3 sudu minyak sayuran, dibahagi

 

1 ½ paun ayam belanda cincang

 

1 (1 ons) bungkusan campuran perasa taco

 

1 sudu teh ketumbar

 

1 sudu teh oregano kering

 

1 sudu teh serbuk lada cili

 

2 sudu besar pes tomato

 

1 (14.5 auns) stok daging

 

1 (7 ons) tin salsa

 

1 (14.5 ons) tin tomato, hancurkan atau cincang kasar tomato yang dibungkus dalam puree

 

1 (7 ons) tin cili hijau dicincang

 

1 bawang sederhana, cincang halus

 

1 biji lada hijau, potong dadu

 

3 zucchini sederhana, dipotong separuh dan dihiris

 

1 ikat daun bawang, dicincang

 

1 cawan krim masam

 

1 cawan keju Cheddar yang telah diparut

 

 

Cara-cara

Langkah 1

Panaskan 1 sudu minyak dalam periuk besar di atas api sederhana tinggi. Hancurkan ayam belanda di dalam periuk, kacau dengan sudu kayu sehingga pecah sebanyak mungkin. Perasakan dengan campuran perasa taco, ketumbar, oregano, serbuk cili, dan pes tomato, dan campurkan sehingga ayam disalut dengan perasa. Teruskan memasak, perlahankan api jika perlu, sehingga ayam belanda berwarna coklat tua.

 

Langkah 2

Tuangkan stok daging, dan renehkan untuk mengurangkan sedikit air, kira-kira 5 minit. Masukkan salsa, tomato, dan cili hijau, dan teruskan memasak dengan api kecil selama sepuluh minit. Sesuaikan kepekatan pada bila-bila masa yang anda rasa perlu dengan menambahkan air.

 

Langkah 3

Semasa cili masih dimasak, panaskan satu sudu minyak dalam kuali besar di atas api sederhana tinggi. Masak bawang dan lada hijau, kacau sekali-sekala selama 5 minit, atau sehingga bawang lut dan lada belang berwarna keperangan. Masukkan bawang dan lada belang ke cili, dan terus memasak dengan api kecil.

 

Langkah 4

Dalam kuali yang sama, panaskan baki minyak di atas api sederhana tinggi. Masukkan zucchini, dan kacau sekali-sekala, selama 5 minit, atau hingga kecoklatan. Masukkan zucchini ke dalam cili, perlahankan api, dan teruskan memasak 15 minit lagi. Sekali lagi, sesuaikan konsistensi dengan air mengikut keperluan.

 

Langkah 5

Sendukkan cili ke dalam mangkuk. Letakkan krim masam, bawang hijau, dan keju cheddar di atas kemudian hidangkan.

 

Fakta pemakanan

Setiap satu hidangan:

506 kalori; protein 34.7g; karbohidrat 24.1g; lemak 31.9g; kolesterol 124.8mg; natrium 1521.4mg.



Sumber:

https://www.allrecipes.com/recipe/62763/terrific-turkey-chili/



Kedatangan minggu 10: