Showing posts with label akademik. Show all posts
Showing posts with label akademik. Show all posts

Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test

Kumpulan 7

1. Berapa kepentingan asas grafik?
Jawapan: 5 (Syafika)

2. Elemen yang terdapat pada gambar 1
Jawapan: Tiada teks (Haziq)

3. Elemen yang terdapat pada gambar 2
Jawapan: Kesesuaian (Zul)


Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Cerita sosial 1 dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi mengisahkan tentang Alim yang pulang ke kampung datuk dan neneknya. Kampung datuk dan neneknya terletak di Kajang. Kampung itu merupakan kampung sebelah ibu Alim. Alim teruja ketika mahu pulang ke kampung kerana dia ingin bermain dengan itik dan ayam. Sampai sahaja di kampung, Alim terus mencari ayam dan itik. Walau bagaimanapun, Alim sedih dan terus menangis kerana Alim tidak jumpa ayam dan itik. Alim menyangkakan ayam dan itik sudah mati. Rupa-rupanya reban ayam dan itik berpindah tempat. Alim kembali teruja apabila dapat melihat ayam dan itik. Selepas melihat ayam dan itik, Alim masuk ke dalam rumah datuk dan neneknya. Alim merasakan perubahan dalam rumah itu. Alim kembali sedih dan menangis sekali lagi. Alim menyangkakan rumah datuk dan neneknya sudah tiada. Alim dipujuk nenek dan neneknya membawa Alim ke sekeliling rumah untuk menceritakan tentang rumah tersebut. Alim kembali gembira semula. Alim menonton televisyen bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Keluarga Alim pelik dengan tingkah laku Alim yang menangis tanpa sebab pada hari tersebut. Perubahan suasana di kampung tersebut membuatkan hubungan keluarga Alim lebih rapat. Alim juga tidak menangis lagi kerana di sudah tahu ayam dan itik masih ada.


Rujukan
Normaliza Abd Rahman. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.      Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Penulisan blog

10 Cara penulisan blog dengan baik :
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas
7. Dapat dibaca dan difahami
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan

Cara menulis blog dengan baik memerlukan tajuk yang mampu menarik perhatian pembaca. Tajuk yang boleh digunakan adalah seperti kata kunci bagi penulisan blog tersebut ataupun ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk. Selain itu, cerita untuk blog juga perlu menarik dan mempunyai kaitan dengan kehidupan masyarakat kini. Misalnya, isu hangat yang sedang tular di Malaysia. Bagi menjadikan blog lebih menarik, ayat humor ataupun ayat berjenaka boleh digunakan, Hal ini menjadikan penulisan blog tidak terlalu formal dan bosan. Apabila wujud ayat humor dan berjenaka, pembaca akan berminat untuk membaca penulisan yang akan ditulis pada masa hadapan. Seterusnya, ayat-ayat untuk menyokong penulisan blog tersebut perlulah diperoleh daripada sumber yang sahih. Rujukan yang digunakan perlu disertakan dalam penulisan blog tersebut. Selanjutnya, penulisan blog harus mempunyai kaitan dengan berita terkini. Hal ini supaya pembaca dapat maklumat dan ilmu daripada penulisan blog tersebut. Struktur bagi ayat dalam penulisan blog perlulah menggunakan ayat yang ringkas. Hal ini dapat membuatkan pembaca mudah memahami isi yang ingin disampaikan. Ayat yang kompleks akan menyebabkan isi yang ingin disampaikan sukar difahami. Penulisan blog juga perlu mempunyai komunikasi dengan pembaca. Cara menulis blog dengan baik juga memerlukan penulis untuk memasukkan unsur-unsur moral dan nilai estetika. Akhir sekali, blog yang baik mesti berilmu untuk penulisan pendidikan.


Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2014). Learning Through Blog Writing: Embracing the Technology.                      Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Noraien Mansur & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti                    Malaysia Terengganu