Friday, June 19, 2020

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG

Salam 2 like

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Perbezaan kajian facebook dan twitter ialah:
1. Facebook sesuai untuk perbincangan pelajar manakala twitter sesuai untuk mendapatkan info terkini
2. Kajian mendapati pelajar gemar mengemas kini rutin dan menyatakan emosi dalam dalam twitter dan Facebook digunakan untuk pembelajaram secara tidak formal
3. Facebook membantu guru menggabungkan kerja-kerja untuk pelajar dengan lebih mudah. Di twitter pula, guru boleh berkongsi info ringkas dengan pelajar
4. Twitter membolehkan pelajar mengakses maklumat yang ringkas dan dan padat. Facebook pula boleh dikongsi info yang lebih banyak dan dan berkongsi video dan gambar yang lebih banyak
5. Twitter dapat mengasah bakat penulisan pelajar kerana perlu ditulis dengan ringkas dan padat. Facebook pula dapat membantu pelajar menghasilkan penulisan berbentuk cerita yang menarik

Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1



Logo saya terdiri daripada keluarga Alim dalam rumah mereka dalam satu bulatan.
Mereka juga saling berpegang tangan untuk menunjukkan keakraban mereka. Logo ini menunjukkan keluarga yang bahagia dalam sebuah rumah.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Friday, June 12, 2020

ANIMASI, DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)


Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

AKTIVITI IMPLIKASI PEDAGOGI




Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu



CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5


        Nilai yang dapat dilihat dalam cerita sosial 5 ialah  Alim seorang yang sangat rajin. Hal ini dikatakan demikian kerana, dia selalu mengemas dan membaca buku. Dia akan mengemas rak buku dan membaca buku setiap hari.
        Selain itu, Alim juga seorang yang pemurah hati. Dia selalu berkongsi bukunya dengan Sulaiman. Sikap suka berkongsinya itu menunjukkan Alim seorang yang pemurah.
        Akhir sekali, nilai kasih sayang dapat dilihat. Hal ini kerana abang dan kakak Alim sanggup menemani adiknya, Alim sehingga Alim sembuh. Kasih sayang sesama adik beradik dapat dilihat dalam situasi ini.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Friday, June 5, 2020

ASAS VIDEOGRAFI (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)


Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

AKTIVITI ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA







Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)4



Berdasarkan Cerita Sosial 4, terdapat 3 nilai yang disenaraikan. Antaranya ialah bertanggungjawab, berdikari dan sopan santun. Alim seorang yang bertanggungjawab kerana dia akan mengemas katilnya sebelum ke sekolah. Alim juga seorang yang berdikari kerana dia mempelajari cara menaiki bas, membeli barangan di pasar dan cara membelinya. Akhir sekali, Alim seorang yang bersopan-santun kerana sentiasa mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan ibunya sebelum ke sekolah.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Wednesday, May 6, 2020

BBM3410Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA



Rujukan

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3




Berdasarkan cerita sosial 3, beberapa nilai telah diperoleh. Antaranya ialah nilai rajin. Adik beradik Alim rajin membantu ibu bapa mereka. Mereka mengemas rumah bersama-sama. Nilai seterusnya ialah tolong-menolong. Abang Imran Kak Madinah tolong Alim untuk belajar menyapu rumah. Ibu juga membantu Alim supaya Allim tidak putus asa mengemas rumah. Akhir sekali, nilai yang diperoleh daripada cerita sosial 3 ialah nilai kasih sayang. Keluarga Alim dapat dilihat dengan jelas mempunyai hubungan yang sangat erat. Mereka saling berkasih sayang.



Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)



Terdapat beberapa kepentingan asas grafik. Asas grafik penting bagi menghasilkan grafik yang menarik. Grafik yang menarik akan memberi impak kepada orang yang melihat atau menontonnya. Selain itu, asas grafik juga penting untuk memudahkan orang lain untuk memahami grafik yang dihasilkan. Di samping itu, grafik yang terhasil mempunyai mesej tertentu dan mesej tersebut perlu sampai kepada penonton. Selanjutnya, grafik yang terhasil perlu difahami dengan sangat ketara oleh penontonnya. Akhir sekali, kepentingan asas grafik ialah promosi barangan atau mesej dapat dilakukan.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia