Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
Twitter merupakan medium yang dapat diakses dengan mudah,
pantas, efisyen dan terdapat info terkini. Twitter mendorong individu untuk
membaca kerana mudah diakses. Oleh kerana Twitter mempunyai jumlah maksimum 140
patah perkataan dalam satu tweet, individu ada masa untuk membaca. Ayat digunakan
dalam Twitter memyebabkan individu memperoleh maklumat dengan mudah kerana ayat
yang digunakan adalah mudah dan ringkas. Pengguna Twitter menyatakan berita
yang disampaikan dalam Twitter pantas. Misalnya, jika berlaku kemalangan atau
kesesakan lalu lintas di sesuatu jalan, pengguna yang membacanya dalam Twitter
dapat mengelakkan daripada melalui jalan tersebut. Selain itu, berita di
Twitter adalah benar dan tidak direka. Selanjutnya, pengguna Twitter mengatakan penggunaan Twitter dapat
menjimatkan masa untuk mencari berita penting dan utamadaripada akhbar. Twitter
lebih mendapat perhatian seseorang yang berumur berbanding dengan kanak-kanak
sekolah. Kanak-kanak sekolah menggangap Twitter membosankan. Twitter juga
mempunyai banyak aura positif. Hal ini dikatakan demikian kerana, banyak
digunakan oleh individu yang berpendidikan. Twitter memberi kesan positif
terhadap pembelajaran kerana terkandung pelbagai maklumat. Bahasa di Twitter
memudahkan kehidupan orang ramai. Berita terkini dapat dibaca di Twitter.
Kesimpulannya, Twitter merupakan media sosial yang mengalakkan individu untuk
membaca. Twitter juga membantu mengasah bakat penulisan kerana bahasa yang
digunakan harus ringkas dan mudah. Twitter juga mempunyai banyak aura positif.
Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019).
Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.