Monday, December 14, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM

RASYIDAH
198182



Seorang anak bernama Alim telah disuruh oleh ibunya untuk pergi ke pejabat pos. Ibunya ingin menyuruh Alim menghantar surat berkaitan kerja ibunya ke Singapura. Alim membesar di UK dan jarang pergi ke pejabat pos. Jadi dia tidak biasa dengan arahan ibunya itu. Setelah sampai ke pejabat pos, Alim membeli setem. Alim memaklumkan kepada ibunya bahawa dia sudah membeli setem yang berharga RM20 melalui mesej. Ibunya menyuruh Alim untuk menampal setem supaya dapat menghantar surat tersebut. Ibunya menunggu hampir 15 minit namun masih tidak dapat maklum balas daripada Alim. Ibunya bertanya kepada Alim sama ada dia sudah berjaya menghantar surat tersebut atau tidak. Namun begitu, Alim mengatakan sudah lama dia mencuba untuk membuka lapisan belakang setem tersebut kerana dia menyangka setem itu pelekat. Ibunya tidak mampu berkata apa-apa kerana ibu risau jika dia menegur Alim, Alim tidak mahu menghantar suratnya itu. Jadi ibu Alim pun menerangkan kepada Alim bahawa setem itu sudah ada gamnya di belakang. Alim hanya perlu menjilat atau membasahkan bahagian belakang tersebut. Alim terkejut kerana dia tidak menyangka setem hanya perlu ditampal dengan cara itu sahaja. Alim gembira akhirnya dia dapat menampal setem tersebut.



Kedatangan minggu 4:


No comments:

Post a Comment