Monday, December 14, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK

RASYIDAH
198182


Prof Dr. Normaliza menceritakan pengalamannya tinggal di UK selama enam tahun. Beliau mencari rumah sewa berdekatan dengan kedai-kedai Pakistan. Hal ini kerana beliau ingin mudah mendapatkan makanan halal. Terdapat persatuan pelajar yang biasanya akan menyambut pelajar Malaysia yang tiba di lapangan terbang. Walaupun tinggal 4 jam daripada London, mereka akan datang menyambut pelajar. Kawasan yang beliau duduk memang amat mudah untuk melakukan ibadah kerana ada masjid terdekat. Kawasan tersebut sesuai untuk orang Melayu tinggal. Walau bagaimanapun timbul masalah apabila terlalu ramai komuniti Melayu dalam satu kawasan. Masalah itu ialah orang sesama Melayu sendiri mengelak untuk bertegur dengan komuniti sendiri. Misalnya, prof berjumpa dengan orang Melayu di pasar raya, tetapi orang itu mengelak kerana tidak mahu ditegur. Selepas insiden itu, prof membuat keputusan untuk tidak bertegur atau mesra dengan orang Melayu yang dijumpai dan hanya sekadar memberi senyuman sahaja. Prof beranggapan orang yang mengelak untuk ditegur itu juga mengalami situasi yang sama jadi prof tidak berkecil hati. Walaupun tinggal di luar negara, tidak semua orang berfikiran sama iaitu gembira berjumpa sesama rakyat Malaysia. Prof mengatakan bahawa apabila tinggal di luar negara, kita akan lebih menghargai dan bangga menjadi orang Malaysia. Pesanan terakhir  yang dibuat daripada cerita tentang pengalaman prof ialah jangan tinggal di luar negara.

Kedatangan minggu 6: Bukti emel yang dihantar kepada prof tepat seperti masa yang ditetapkan oleh prof

No comments:

Post a Comment