RASYIDAH 198182 |
Tangkapan skrin 1 |
Jangan biarkan Syaitan membuatkan anda ragu-ragu. Dia pandai dalam hal itu. Keraguan menimbulkan ketidakpastian dalam hati & fikiran anda. Ia membuatkan anda berasa tidak selesa & tidak tentu arah. Anda perlu mengukuhkan iman anda dengan kuat & mengawal kehidupan anda. Yang Maha Kuasa sentiasa ada untuk menstabilkan anda & membuat anda kembali ke pangkal jalan!
Tangkapan skrin 2 |
Belajar untuk bersikap
adil. Yang Maha Kuasa mengasihi mereka yang adil. Kadang-kadang anda tidak
menyukai seseorang berdasarkan apa yang orang lain katakan tentangnya atau
pandangan orang lain mengenai dirinya. Tetapi dia ternyata seorang yang baik.
Oleh itu, jauhkan diri daripada mempunyai prasangka. Beri peluang kepada semua
orang!
Tangkapan skrin 3 |
Yang Maha Kuasa.
Ampunkan kami kerana cuba memperbaiki sesuatu perkara dengan sendiri. Maafkan
kami kerana berlari mencari pertolongan padahal kami harus berpaling kepada-Mu.
Maafkan kami kerana lupa betapa kami memerlukan engkau melebihi semua orang
& semua perkara yang lain. Engkau tahu keperitan, beban & kesulitan
kami. Sembuhkan kami. Buat kami pulih semula!
Tangkapan skrin 4 |
Bagaimana anda
menjalani kehidupan setiap hari adalah penting. Adakah anda menabur benih
kebaikan agar anda dapat menuainya kemudian hari atau sedang melakukan apa sahaja
yang anda mahu lakukan. Jangan buang masa singkat anda di dunia ini. Taburkan
benih positif, rasa syukur, cinta, harapan dan lain-lain kemudian lihat
bagaimana kesannya kepada orang di sekeliling anda.
Tangkapan skrin 5 |
Kebenaran yang menyedihkan tentang kesusahan & malapetaka adalah ia mendedahkan rakan sejati & musuh sebenar anda. Siapa yang akan menolong anda? Siapa yang akan menjauhkan diri daripada anda? Siapa yang akan hadir hanya sekadar menawarkan kata-kata semangat? Anda mungkin boleh menghitungnya dengan jari sebelah tangan! Itu kenyataan!
Kedatangan minggu 8:
No comments:
Post a Comment