Showing posts with label akademik. Show all posts
Showing posts with label akademik. Show all posts

Tuesday, March 24, 2020

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG

Salam 6 like. Terima kasih Prof Dr. Normaliza like 6 gambar saya. Nampaknya gambar saya menarik di mata prof.

Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: Kepentingan Asas Grafik






Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia


BBM3410Satu2020: Nota Ringkas Asas Grafik




Nota ringkas asas grafik

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat 5 elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.


1. Mudah
Grafik yang mudah adalah apabila grafik tersebut dapat difahami oleh individu yang melihatnya dengan sekali pandang. Grafik tersebut seharusnya jelas tidak meragukan.

2. Warna
Warna dalam grafik perlu seimbang dan tidak melebihi 3 warna. Warna yang terlalu banyak akan menyebabkan grafik terlalu serabut dan tidak kemas.

3. Teks
Teks dalam grafik seharusnya sesuai dengan gambar yang diletakkan. Font dan saiz teks juga memainkan peranan penting. Font dan saiz tersebut perlu seimbang dengan gambar yang ada

4. Kesesuaian
Grafik perlulah sesuai dengan latar tempat dan masa. Misalnnya, latar tempat yang menunjukkan di taman tema perlu menunjukkan permainan-permainan taman tema tersebut dalam grafik.

5. Keseimbangan
Ruang kiri, kanan, atas dan bawah grafik perlu seimbang. Maksudnya, jika gambar tersebut terdapat gambar orang di bahagian kiri yang memandang ke arah kanan maka di sebelah kanan mestilah ruangnya atau pemandangannya luas.




Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020: Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)



Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)
Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik tema suatu teks
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan
Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk dibahagi kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana dan kawalan pemikiran. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik tema suatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Akhir sekali, struktur mikro member fokus kepada  makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks.






Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)


Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Strategi Pengelakan afau Pengurangan

1. Pengabaian/ Peninggalan mesej

2. Pengolakan topik

Achievement or Compensatory Strategies

Pencapaian atau Strategi Panpasan

3. Parafrasa (Circumlocution)

4. Penghampiran

5. Penggunaan perkataan semua tujuan

6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)

7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)

8. Terjemahan literal

9. Pengantarabangsaan

10.Pertukaran kod

11.Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling

Stalling or Time-gaining Strategies Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu

12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices)



Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat 12 taksonomi dalam strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997).  Berdasarkan taksonomi tersebut terdapat beberapa kepentingannya. 


Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM




Kesimpulan daripada bab empat yang bertajuk “Instagram Menyeronokkan” dalam buku Eh!!!Media Sosial, terdapat beberapa manfaat Instagram. Antaranya ialah Instagram membantu mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek  Instagram pengguna lain. Selain itu, Instagram juga memberi peluang kepada individu untuk membuka hati kepada umum tentang harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka. Seterusnya, individu juga dapat mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram. Di samping itu, individu pengajar dapat mencipta sukatan pelajaran yang baharu.

Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu


BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG





Menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019), genre kesusasteraan adalah seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Berdasarkan genre ini, responden memilih salah satu daripada genre yang mereka suka untuk ditulis di dalam blog. 66.7% responden lelaki dan 80% responden wanita telah memilih puisi sebagai genre kesukaan mereka. Responden lelaki dan wanita mencadangkan bahawa puisi adalah genre yang sesuai untuk ditulis dalam blog. Antara puisi yang ditulis ialah puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas kesusasteraan.          Seterusnya, genre cerpen telah dipilih oleh 86.7% responden lelaki dan 96.7% responden wanita. Mereka menyatakan bahawa blog merupakan medium yang terbaik untuk menulis cerpen pendek. Responden menyatakan bahawa mereka menulis cerpen pendek untuk menambah baik kemahiran menulis. Selain itu, penulisan skrip juga telah dipilih oleh responden. Sebanyak 76.7% responden lelaki dan 93.3% responden wanita telah memmilih untuk menulis skrip dalam blog. Responden menyatakan menulis skrip membantu mereka berimaginasi. Selanjutnya, genre pantun dipilih oleh 66.7% responden lelaki dan 86.7% responden wanita. Pantun dianggap dapat memberi pesanan kepada rakan-rakan yang membaca blog.
Selain itu, menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019), penulisan blog dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden. Berdasarkan responden, pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan juga melalui pemikiran kritis daripada blog. Penulisan surat telah dipilih sebanyak 80% oleh responden lelaki dan 83.3% responden wanita. Penulisan surat lebih tinggi dipilih oleh responden wanita kerana wanita lebih suka untuk menulis surat kepada temna istimewa atau kedua ibu bapa mereka. Seterusnya  sebanyak 66.7% responden lelaki dan 100% responden wanita telah memilih blog sebagai cara mereka meluahkan perasaan. Peratusan wanita lebih tinggi kerana wanita lebih sentimental. Menulis teka-teki dipilih oleh 93.3%  responden lelaki dan 96.7% responden wanita. Mereka suka menulis teka-teki kerana menerima banyak komen.
     Di samping itu, menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019), penulisan blog membantu responden di dalm proses pembelajaran teknologi. Misalnya, video, audio dan gambar. Bagi video, sebanyak 100% telah dipilih oleh responden lelaki dan wanita. Hal ini demikian kerana, mereka teruja untuk menyiarkan klip video di dalam blog mereka. Hal yang sama turut berlaku di bahagian audio. Kesemua responden suka meletakkan lagu kegemaran mereka dalam blog. Selanjutnya, gambar telah dipilih oleh 93% responden lelaki dan 100% responden wanita. Peratusan wanita lebih tinggi kerana mereka lebih duka menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar.

Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Friday, February 28, 2020

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak 
[1] Keluarga 

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka


Hari bermula dengan menyapu ruang tamu rumah. Saya menyapu ruang tamu rumah yang berdebu. Saya menyapu dengan gembira. Sudah menjadi rutin selepas selesai mandi saya menyapu rumah. Ibu sedang memasak sarapan di dapur bersama kakak. Terdengar gelak tawa ibu dan kakak kadang-kadang. Mereka menyediakan sarapan tanpa jemu setiap pagi. Rutin kakak dan ibu memasakkan sarapan yang enak untuk kami sekeluarga. Ayah sedang mencuci kereta di luar rumah bersama abang. Setiap hari saya akan membantu ibu bapa dengan melakukan kerja-kerja rumah. Saya akan membantu ayah membersihkan kebun selepas selesai mengemas rumah. Kebun yang penuh dengan tanaman mengambil masa yang agak lama untuk dibersihkan. Walaupun penat, saya tetap gembira. Menolong ibu bapa membuatkan saya berasa puas hati. Di malam hari pula, semua membantu ibu dan kakak menyiapkan makan malam. Selepas selesai makan malam, meja makan akan dibersihkan oleh saya. Saya tidak pernah berasa penat melakukannya setiap hari. Bagi saya, menolong ibu bapa merupakan salah satu cara saya membalas jasa mereka yang tidak pernah berkira dalam membesarkan saya. Saya cintakan keluarga bahagia saya. Saling bertolak ansur dalam melakukan kerja rumah dan masing-masing tidak pernah merungut. Kadang-kadang kami adik beradik berlumba untuk membantu dengan lebih banyak. Terima kasih kerana selalu ada bersama saya keluargaku yang tercinta.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu




Monday, February 24, 2020

BBM3410Satu2020: Blanket test 2.0

Tiada tajuk production

Blanket test 2.0

1. Terangkan asas grafik "mudah" dan contohnya
Jawapan: Mudah  adalah apabila sesuatu gambar yang dilihat tiada jelas kekeliruan dan jelas. Contohnya,  gambar pemandangan laut yang menunjukkan laut. (Syafika)

2. Gambar asas fotografi
Jawapan: Siluet dan pendua (Zulfadhli)

BBM3410Satu2020: Asas fotografi


MUG SHOT: RASYIDAH
MUG SHOT 2

MUG SHOT: HAZIQ

MUG SHOT 2

MUG SHOT: ABIDIN

MUG SHOT 2

MUG SHOT: SYAFIKA

MUG SHOT 2

MUG SHOT:HUSNINA

MUG SHOT 2

MUG SHOT: AQILAH

MUG SHOT 2

MUG SHOT: ZULFADHLI

MUG SHOT 2

MUG SHOT: EMMY

MUG SHOT 2

MUG SHOT: ARDILLA

MUG SHOT 2

PORTRAIT PENUH

PORTRAIT MUKA

MEDIUM SHOT 1

MEDIUM SHOT 2

LONG SHOT 1

LONG SHOT 2

CLOSE UP: ANGGOTA BADAN

CLOSE UP: BUNGA






Friday, February 21, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM

                                                                     
Berdasarkan cerita sosial 2 dalam buku kajian wacana yang bertajuk “Saya yang istimewa” mengisahkan tentang Alim yang mengikut pesan ibu dan bapanya. Ayah membeli buah-buahan di pasar untuk dimakan bersama-sama. Ibu bapa berpesan bahawa berkongsi barang atau makanan dengan orang lain merupakan perbuatan yang baik. Alim ingat akan pesan itu.  Alim memberikan buah kepada Sulaiman. Sulaiman merupakan anak Pak Cik Yakub dan Mak Cik Timah. Mereka merupakan jiran Alim. Alim suka akan mereka kerana mereka juga baik. Mak Cik mengucapkan terima kasih kepada Alim dengan wajah yang sedih. Mak Cik Timah memuji Alim kerana Alim baik hati memberikan buah kepada Sulaiman. Alim ingat Mak Cik Timah sedih tetapi sebenarnya Mak Cik Timah gembira dengan kebaikan Alim. Ibu memuji sikap baik Alim. Alim juga membantu untuk membuang sampah kulit buah. Alim juga membantu abang Imran, kak Madinah dan ibu bapa untuk mengemas rumah. Walaupun Alim istimewa, dia seorang yang rajin dan baik hati.

                                                                               
 
Normaliza Abd Rahman. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.           Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410SATU2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

    NURUL RASYIDAH BINTI ROSMADI 198182
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berdasarkan aktiviti 2 dalam buku Eh!! Media sosial, manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa telah disenaraikan sebanyak lima. Antaranya ialah, media sosial dapat membantu  menulis dengan baik dalam kelas bahasa.           
                                       




Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu: Asas Grafik

 5 elemen asas grafik telah dipelajari pada kuliah minggu kedua. Berdasarkan 5 elemen tersebut, gambar daripada majalah diteliti dan dipilih. Sebanyak 5 gambar diperoleh daripada majalah mengikut 5 elemen tersebut. Gambar tersebut dipotong dan dilekatkan di atas "mounting board". Selepas kelima-lima gambar dilekatkan, muka hadapan yang berisi kandungan nama kumpulan dan ahli kumpulan disediakan. Nama ahli dan nombor matrik tidak ditulis tangan. Setiap huruf diperoleh daripada majalah dan dipotong satu demi satu. "Mounting board" yang ditebuk diikatkan dengan ribbon.
Proses menghasilkan buku skrap

Proses menghasilkan buku skrap
                                                                
Muka hadapan buku skrap

Halaman belakang buku skrap
      

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          
 


   
Ahli kumpulan  Tiada Tajuk Production