https://www.youtube.com/watch?v=M-s2kn0HTIM
Video kedua Tiada Tajuk Production. Dalam video ini, terdapat 20 gambar. Gambar terdiri daripada jenis shot flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay. Lokasi gambar diambil adalah di kolej serumpun, cafe serumpun, kolej 12 dan bukit ekspo
Monday, March 16, 2020
Wednesday, March 11, 2020
BBM3410Satu2020: Asas Fotografik
https://www.youtube.com/watch?v=bCGYrmwXsgM&list=LLJ7fL53cegwnRtxKChzXO-Q
Video pertama Tiada Tajuk Production.
Dalam video ini beberapa jenis shot telah diambil oleh ahli kumpulan. Antaranya ialah siluet, pendua, kabur, bird's eye view, bayang dan over the shoulder. Sebanyak 21 gambar telah diambil. Pelbagai cabaran dihadapi kami. Gambar paling sukar untuk diambil ialah kabur. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli Tiada Tajuk Production yang memberikan kerjasama. SAYA TERHARU.
Video pertama Tiada Tajuk Production.
Dalam video ini beberapa jenis shot telah diambil oleh ahli kumpulan. Antaranya ialah siluet, pendua, kabur, bird's eye view, bayang dan over the shoulder. Sebanyak 21 gambar telah diambil. Pelbagai cabaran dihadapi kami. Gambar paling sukar untuk diambil ialah kabur. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli Tiada Tajuk Production yang memberikan kerjasama. SAYA TERHARU.
Friday, March 6, 2020
BBM3410Satu2020: Nota Ringkas Asas Grafik
Nota ringkas asas grafik
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat 5 elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.
1. Mudah
Grafik yang mudah adalah apabila grafik tersebut dapat difahami oleh individu yang melihatnya dengan sekali pandang. Grafik tersebut seharusnya jelas tidak meragukan.
2. Warna
Warna dalam grafik perlu seimbang dan tidak melebihi 3 warna. Warna yang terlalu banyak akan menyebabkan grafik terlalu serabut dan tidak kemas.
3. Teks
Teks dalam grafik seharusnya sesuai dengan gambar yang diletakkan. Font dan saiz teks juga memainkan peranan penting. Font dan saiz tersebut perlu seimbang dengan gambar yang ada
4. Kesesuaian
Grafik perlulah sesuai dengan latar tempat dan masa. Misalnnya, latar tempat yang menunjukkan di taman tema perlu menunjukkan permainan-permainan taman tema tersebut dalam grafik.
5. Keseimbangan
Ruang kiri, kanan, atas dan bawah grafik perlu seimbang. Maksudnya, jika gambar tersebut terdapat gambar orang di bahagian kiri yang memandang ke arah kanan maka di sebelah kanan mestilah ruangnya atau pemandangannya luas.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra
Malaysia
BBM3410Satu2020: Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)
Teori Analisis Wacana Kritis
oleh vanDijk (1977)
Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik tema
suatu teks
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan
kesimpulan
Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati Daripada pilihan
kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk dibahagi kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana dan kawalan pemikiran. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik tema suatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Akhir sekali, struktur mikro member fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan
Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia
Terengganu
BBM3410Satu2020: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
Taksonomi Strategi Komunikasi
oleh Dornyei & Scott (1997)
Strategi Pengelakan afau Pengurangan
1. Pengabaian/ Peninggalan mesej
2. Pengolakan topik
Achievement or Compensatory
Strategies
Pencapaian atau Strategi
Panpasan
3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10.Pertukaran kod
11.Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/
Appeal for help Stalling
Stalling or Time-gaining
Strategies Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi
penanda (hesitation devices)
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat 12 taksonomi dalam strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997). Berdasarkan taksonomi tersebut terdapat beberapa kepentingannya.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM
Kesimpulan daripada bab empat yang bertajuk “Instagram Menyeronokkan”
dalam buku Eh!!!Media Sosial, terdapat beberapa manfaat Instagram. Antaranya
ialah Instagram membantu mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita
pendek Instagram pengguna lain. Selain
itu, Instagram juga memberi peluang kepada individu untuk membuka hati kepada
umum tentang harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka. Seterusnya,
individu juga dapat mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek
Instagram. Di samping itu, individu pengajar dapat mencipta sukatan pelajaran
yang baharu.
Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media
Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG
Menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019), genre
kesusasteraan adalah seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Berdasarkan
genre ini, responden memilih salah satu daripada genre yang mereka suka untuk
ditulis di dalam blog. 66.7% responden lelaki dan 80% responden wanita telah
memilih puisi sebagai genre kesukaan mereka. Responden lelaki dan wanita
mencadangkan bahawa puisi adalah genre yang sesuai untuk ditulis dalam blog.
Antara puisi yang ditulis ialah puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa,
dedikasi dan puisi untuk kelas kesusasteraan. Seterusnya, genre cerpen telah dipilih oleh
86.7% responden lelaki dan 96.7% responden wanita. Mereka menyatakan bahawa
blog merupakan medium yang terbaik untuk menulis cerpen pendek. Responden
menyatakan bahawa mereka menulis cerpen pendek untuk menambah baik kemahiran
menulis. Selain itu, penulisan skrip juga telah dipilih oleh responden. Sebanyak
76.7% responden lelaki dan 93.3% responden wanita telah memmilih untuk menulis
skrip dalam blog. Responden menyatakan menulis skrip membantu mereka
berimaginasi. Selanjutnya, genre pantun dipilih oleh 66.7% responden lelaki dan
86.7% responden wanita. Pantun dianggap dapat memberi pesanan kepada
rakan-rakan yang membaca blog.
Selain itu, menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim
(2019), penulisan blog dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam
kalangan responden. Berdasarkan responden, pembelajaran bahasa boleh dipelajari
melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan juga melalui pemikiran kritis
daripada blog. Penulisan surat telah dipilih sebanyak 80% oleh responden lelaki
dan 83.3% responden wanita. Penulisan surat lebih tinggi dipilih oleh responden
wanita kerana wanita lebih suka untuk menulis surat kepada temna istimewa atau
kedua ibu bapa mereka. Seterusnya
sebanyak 66.7% responden lelaki dan 100% responden wanita telah memilih
blog sebagai cara mereka meluahkan perasaan. Peratusan wanita lebih tinggi
kerana wanita lebih sentimental. Menulis teka-teki dipilih oleh 93.3% responden lelaki dan 96.7% responden wanita. Mereka
suka menulis teka-teki kerana menerima banyak komen.
Di samping itu, menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd
Rahim (2019), penulisan blog membantu responden di dalm proses pembelajaran
teknologi. Misalnya, video, audio dan gambar. Bagi video, sebanyak 100% telah
dipilih oleh responden lelaki dan wanita. Hal ini demikian kerana, mereka
teruja untuk menyiarkan klip video di dalam blog mereka. Hal yang sama turut
berlaku di bahagian audio. Kesemua responden suka meletakkan lagu kegemaran
mereka dalam blog. Selanjutnya, gambar telah dipilih oleh 93% responden lelaki
dan 100% responden wanita. Peratusan wanita lebih tinggi kerana mereka lebih
duka menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar.
Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media
Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Friday, February 28, 2020
BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA
Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak
[1] Keluarga
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
[1] Keluarga
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
Hari bermula dengan menyapu ruang tamu rumah. Saya menyapu
ruang tamu rumah yang berdebu. Saya menyapu dengan gembira. Sudah menjadi rutin
selepas selesai mandi saya menyapu rumah. Ibu sedang memasak sarapan di dapur
bersama kakak. Terdengar gelak tawa ibu dan kakak kadang-kadang. Mereka
menyediakan sarapan tanpa jemu setiap pagi. Rutin kakak dan ibu memasakkan
sarapan yang enak untuk kami sekeluarga. Ayah sedang mencuci kereta di luar
rumah bersama abang. Setiap hari saya akan membantu ibu bapa dengan melakukan
kerja-kerja rumah. Saya akan membantu ayah membersihkan kebun selepas selesai
mengemas rumah. Kebun yang penuh dengan tanaman mengambil masa yang agak lama
untuk dibersihkan. Walaupun penat, saya tetap gembira. Menolong ibu bapa
membuatkan saya berasa puas hati. Di malam hari pula, semua membantu ibu dan
kakak menyiapkan makan malam. Selepas selesai makan malam, meja makan akan
dibersihkan oleh saya. Saya tidak pernah berasa penat melakukannya setiap hari.
Bagi saya, menolong ibu bapa merupakan salah satu cara saya membalas jasa
mereka yang tidak pernah berkira dalam membesarkan saya. Saya cintakan keluarga
bahagia saya. Saling bertolak ansur dalam melakukan kerja rumah dan
masing-masing tidak pernah merungut. Kadang-kadang kami adik beradik berlumba
untuk membantu dengan lebih banyak. Terima kasih kerana selalu ada bersama saya
keluargaku yang tercinta.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Monday, February 24, 2020
BBM3410Satu2020: Blanket test 2.0
Tiada tajuk production
Blanket test 2.0
1. Terangkan asas grafik "mudah" dan contohnya
Jawapan: Mudah adalah apabila sesuatu gambar yang dilihat tiada jelas kekeliruan dan jelas. Contohnya, gambar pemandangan laut yang menunjukkan laut. (Syafika)
2. Gambar asas fotografi
Jawapan: Siluet dan pendua (Zulfadhli)
BBM3410Satu2020: Asas fotografi
MUG SHOT: RASYIDAH |
MUG SHOT 2 |
MUG SHOT: HAZIQ |
MUG SHOT 2 |
MUG SHOT: ABIDIN |
MUG SHOT 2 |
MUG SHOT: SYAFIKA |
MUG SHOT 2 |
MUG SHOT:HUSNINA |
MUG SHOT 2 |
MUG SHOT: AQILAH |
MUG SHOT 2 |
MUG SHOT: ZULFADHLI |
MUG SHOT 2 |
MUG SHOT: EMMY |
MUG SHOT 2 |
MUG SHOT: ARDILLA |
MUG SHOT 2 |
PORTRAIT PENUH |
PORTRAIT MUKA |
MEDIUM SHOT 1 |
MEDIUM SHOT 2 |
LONG SHOT 1 |
LONG SHOT 2 |
CLOSE UP: ANGGOTA BADAN |
CLOSE UP: BUNGA |
Friday, February 21, 2020
BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM
Berdasarkan cerita sosial 2 dalam buku kajian wacana yang bertajuk “Saya yang istimewa” mengisahkan tentang Alim yang mengikut pesan ibu dan bapanya. Ayah membeli buah-buahan di pasar untuk dimakan bersama-sama. Ibu bapa berpesan bahawa berkongsi barang atau makanan dengan orang lain merupakan perbuatan yang baik. Alim ingat akan pesan itu. Alim memberikan buah kepada Sulaiman. Sulaiman merupakan anak Pak Cik Yakub dan Mak Cik Timah. Mereka merupakan jiran Alim. Alim suka akan mereka kerana mereka juga baik. Mak Cik mengucapkan terima kasih kepada Alim dengan wajah yang sedih. Mak Cik Timah memuji Alim kerana Alim baik hati memberikan buah kepada Sulaiman. Alim ingat Mak Cik Timah sedih tetapi sebenarnya Mak Cik Timah gembira dengan kebaikan Alim. Ibu memuji sikap baik Alim. Alim juga membantu untuk membuang sampah kulit buah. Alim juga membantu abang Imran, kak Madinah dan ibu bapa untuk mengemas rumah. Walaupun Alim istimewa, dia seorang yang rajin dan baik hati.
Normaliza Abd Rahman. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
BBM3410SATU2020: Keluargaku
Assalamualaikum, hari ini saya akan menceritakan tentang keluarga saya. Ayah saya dilahirkan di Pahang pada tahun 1971 dan menetap di Terengganu. Ibu saya pula dilahirkan di Perak pada tahun 1975 dan menetap di Pahang. Selepas berhijrah ke Shah Alam untuk mencari rezeki, ibu bapa saya dipertemukan di tempat kerja yang sama. Selepas beberapa tahun kenal, ibu bapa saya berkahwin pada 18 Ogos 1996 semasa ibu saya berumur 21 tahun dan ayah saya berumur 25 tahun. Ibu bapa saya dikurniakan sebanyak 7 cahaya mata iaitu 3 lelaki dan 4 perempuan. Pada tahun 1997, abang saya yang pertama dilahirkan. Selepas itu, pada tahun 1998 saya dilahirkan. Adik yang seterusnya dilahirkan pada tahun 2001, 2004, 2008, 2012 dan 2015. Abang saya sekarang bekerja di Serdang. Adik perempuan saya yang ketiga menuntut pengajian di UIA Gambang. Adik perempuan saya yang keempat pula menuntut pengajian di MRSM Pekan. Adik lelaki saya yang kelima dan keenam belajar di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti. Adik perempuan bongsu saya sekarang berumur 5 tahun dan sedang belajar di Pasti Putra Permai. Setiap perangai adik beradik saya berbeza-beza.
Ibu saya lebih garang daripada ayah saya tetapi semua adik beradik lebih takut dengan ayah saya. Ibu hanya suka membebel sahaja tetapi baik. Ayah saya hanya akan menasihati melalui mesej.
Ibu saya lebih garang daripada ayah saya tetapi semua adik beradik lebih takut dengan ayah saya. Ibu hanya suka membebel sahaja tetapi baik. Ayah saya hanya akan menasihati melalui mesej.
Subscribe to:
Posts (Atom)